Showing posts with label 100 patah tazkirah. Show all posts
Showing posts with label 100 patah tazkirah. Show all posts

06 September 2013

Tazkirah: Siapa Syiah? bersama Ustaz Aizam JAKIM Bahagian 3

Fakta menarik: Semua 11 Imam Syiah yang sudah ada tu semuanya Ahli Sunnah (Sunni)
Dikatakan untuk mengelirukan kita.
 
Fakta menarik lagi: Syiah DIHARUSKAN untuk berpura-pura (Taqiyyah).  Harus Bohong.
Dalam banyak-banyak ajaran sesat, Syiah yang paling banyak berbohong, mengada-adakan riwayat, menggunakan nama-nama anak cucu cicit Rasulullah untuk mengelirukan Sunni. Beware OK.

Bila Syiah masuk Malaysia?
Sewaktu revolusi Syiah tahun 1979 iaitu sewaktu Ayatullah Khomeini menjatuhkan Shah Iran.
Syiah menular secara sedikit-sedikit, perlahan-lahan di dalam masyarakat. Sekitar awal 1990an mula wujud hukum-hukum pelik; Nikah Mut’ah, penyebaran buku-buku syiah di Malaysia maka sewaktu itulah baru sedar yang Syiah sudah mula bertapak di Malaysia.


05 September 2013

Tazkirah: Siapa Syiah? bersama Ustaz Aizam JAKIM Bahagian 2

Apa itu Sunni?
Adalah Ahlus-Sunnah wal Jama'ah (Bahasa Arab: أهل السنة والجماعة) atau lebih sering disingkat Ahlul-Sunnah (bahasa Arab: أهل السنة) atau Sunni adalah mereka yang senantiasa tegak di atas Islam berdasarkan Al Qur'an dan hadits yang shahih dengan pemahaman para sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in. Sekitar 90% umat Muslim sedunia merupakan kaum Sunni, dan 10% menganut aliran Syi'ah.
In other words, kita ni
Sunni lah.

Di dalam kepercayaan Syiah Imam 12 (SI12), Imam Mahdi iaitu Imam yang terakhir sudah lahir 200+ tahun tetapi sedang dalam persembunyian. Dikatakan beliau merupakan anak kepada Imam Hassan al-Asykari yang menurut Sunni, mandul sebenarnya.

04 September 2013

Tazkirah: Siapa Syiah? bersama Ustaz Aizam JAKIM Bahagian 1


Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Mohd Aizam Mas’od dari Bahagian Perancangan & Penyelidikan JAKIM

Ada lebih 300 cabang Syiah, tetapi yang paling merbahaya & top ialah Syiah Imam 12(SI12).
IMAMAH: Mereka berpegang bahawa hanya Saidina Ali RA adalah khalifah,  selepas Rasulullah yang ada disebut nasnya di dalam al-Quran. Mereka menolak Khulafa al-Rasyidin yang lain; Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Affan. Nas yang dikatakan wujud itu tidak dijumpai di dalam al-Quran.

Apa itu Imam 12?
Mereka mempercayai bahawa terdapat 12 orang Imam yang dilantik oleh Allah sebagai pemimpin, bermula dengan Imam Ali dan Imam Mahdi yang terakhir, belum muncul lagi.

11 August 2013

Tazkirah Untuk Khalifah - Bahagian 3



“Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa” (Al-Baqarah: 183)

Kalau dilihat dari sudut sistem:

Input ->| Proses |-> Output

Maka al-Quran telah mendahului kita dengan memberikan contoh proses berpuasa dan hasil atau outputnya.

Input = Iman
Proses = Puasa
Output = Taqwa

Sekiranya selepas berpuasa kita masih lagi tidak mendapat ketaqwaan mahupun meningkatkan sedikit ketaqwaan sebelum kita berpuasa, maka sama-samalah kita bermuhasabah. Cubalah periksa, mungkinkah iman atau pun ibadah puasa kita masih ada kekurangan.

Semoga puasa dan ibadah kita semua diterima Allah.

06 August 2013

QA Puasa bersama Ustaz Muhamad Bahagian 2/2

Q: Perempuan yang ada anak kecil dan solat terawih
A: Ikutlah tanggungjawabnya di mana. Solat terawih berjemaah adalah sunat. Jika ada anak kecil, solat di rumah pun ok.

Q: Kenapa nabi ajar doa’ malam Lailatul Qadr itu mementingkan memohon kemaafan dari Allah. Kenapa tak minta kesenang ke, masuk syurga ke? Refer entry: Doa
  1. Orang yang banyak dosa selalu di timpa musibah. Dan apabila berdoa’, doanya tak makbul pun. Asik susah aje. Asik tak tenang aje. Dengan meminta keampunan in shaa Allah dipermudahkan.
  2. Nabi mengajar cara berdoa’. Membiasakan kita dengan budaya berdoa’. Kerana doa’ itu senjata orang mukmin.

05 August 2013

QA Puasa bersama Ustaz Muhamad Bahagian 1/2

Q: Bagaimana perempuan yang ‘uzur’ ingin memanfaatkan ibadah di malam Lailatul Qadr?
A:

Rasulullah suka akan kebersihan, kawasan rumah yang bersih.
Jadi bersihkan diri, berhiaslah di rumah. Cantas la apa-apa yang panjang, bersihkanlan mana-mana yang kotor.
Bersihkan kawasan rumah, kemas rumah. Ingat setiap pahala yang kita buat akan berganda 1000 bulan. Kalau gantung langsir pada malam Lailatul Qadr. Dapat pahala menggantung langsir untuk 1000 bulan.


Q: Di bulan Ramadhan, Pahala berganda, kalau dosa macamana?
A: Dosa tidak berganda.


Q: Solat Terawikh sebenarnya berapa rakaat?
A: asalnya 2 rakaat. Kebiasaan kat sini 8 Rakaat dan 20. Boleh buat any numbers actually.

30 July 2013

Do'a

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al Amin (Panelis ‘Tanyalah Ustaz’ / Peguam Syarie)

Do’a yang Makbul: adalah do’a yang Allah akan makbulkan Cuma belum tahu bila.
Do’a yang Mustajab: adalah do’a yang on the spot Allah bagi


Waktu yang kita tahu Do’a Mustajab:
1. Malam awal Rejab
2. Malam Nisfu Sya’aban
3. Malam Hari Raya AidilFitri
4. Malam Hari Raya AidilAdha
5. Malam Jumaat


Waktu yang kita tak tahu bila Do’a Mustajab:
Malam Lailatul Qadr.


Take Note: Do’a yang diajar Rasulullah especially untuk malam Lailatul Qadr:


 “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau menyukai pemaafan, maka maafkanlah aku”

29 July 2013

Asal-usul Lailatul Qadr

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al Amin (Panelis ‘Tanyalah Ustaz’ / Peguam Syarie)

Sahabat Rasulullah bertanyakan bagaimanakah kita ni boleh beribadat sehebat nabi Sam’un Al-Ghazi? 1000 bulan. Selepas itulah turun Jibril membawa wahyu Allah yang di dalam bulan Ramadhan adanya 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Siapa Sam’un Al-Ghazi ni?
Dia adalah seorang nabi yang gagah dan seperti namanya, menjadi pengawal Gaza pada zamannya. Dia pernah ditangkap dan dibutakan mata oleh musuhnya dan ketika itulah dia berdo’a dan bernazar jika Allah membantunya dia akan berjuang untukNya tanpa henti selama 1000 bulan.


Secara perinci, baca sini: Lailatul Qadr: Tahukah Engkau

28 July 2013

QA Puasa bersama Dr. Sukki Bahagian 2/2

Q: Q: Hukum orang memasak yang merasa masakan dengan hujung lidah?
A: Kalau tak telan, makhruh. Kalau telan batallah.

Q: Orang mengandung dan puasa?
A:
  1. Kalau orang mengandung berbuka puasa kerana dirinya yang tak larat. Dia hanya perlu ganti puasa aje
  2. Kalau orang mengandung berbuka puasa kerana bimbang kan anak dalam kandungannya walhal dia sihat aje. Dia kena ganti puasa dan juga bayar fidyah.

Q: Macamana nak tegur orang yang puasa tapi tak solat.
A: Dengan lidah, cakap. Dengan perbuatan, bukanlah pukul dia. Tapi kalau dah tak berani sangat kedua2 tadi tu, Kita kena tidak redha dengan perbuatannya.

27 July 2013

QA Puasa bersama Dr. Sukki Bahagian 1/2

Q: Korek hidung batal puasa tak?
A: TIDAK. Batal puasa jika sesuatu masuk ke dalam perut MELALUI RONGGA TERBUKA.
Jari yang korek hidung tu keluar balik, tak sampai ke perut. Kalau injection ataupun letak eyemo kat mata.. kulit dan mata tak diertikan sebagai rongga yang terbuka. Tapi kalau guna nasal spray tu yang kita sembur masuk mulut tu batal aa.
 
Q: Orang yang tidak perlu qada’ puasa hanya dikenakan Fidyah sahaja?
A:
  1. Orang tua yang sedang sakit tua dan tiada kudrat nak ganti puasa dah.
  2. Orang yang sakit dan tiada harapan sembuh dah. i.e kena makan ubat sentiasa.

26 July 2013

Puasa Melayu

Tazkirah disampaikan oleh Dr. Mohd Sukki @ Shauqi Othman (UPM / Panelis ‘Tanyalah Ustaz’ / Akademi Imam Syafei)

Puasa Melayu (Puasa Adat)
Orang yang berpuasa hanya mengikut rukun tapi tidak menjaga perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa. Rasulullah katakan orang sebegini sebagai berpuasa yang hanya mendapat lapar dan dahaga aje.
i.e. orang berpuasa tapi tak solat.

Ade 3 jenis orang berPuasa:
  1. Puasanya tidak sah dan dia mendapat dosa. Berpuasa tetapi tidak berilmu. Berpuasa tetapi masih melakukan kejahatan.
  2. Puasanya sah tetapi dia tidak mendapat pahala. Inilah Puasa Melayu.
  3. Puasanya sah dan dia mendapat pahala. Terbaek! Berpuasa yang berasaskan Iman.
 

25 July 2013

Apa itu Aidil Fitri olahan semula perkongsian Dr. Sukki @Shauqi Othman


Pernah tak korang terfikir..
Apesal Kalau Hari Raya Puasa ni dipanggil Selamat Menyambut AIDILFITRI?
AIDILFITRI?

Aku tak pernah.. selama ini.. haha.. aku terima aje perkataan tu.

Pastu Ustaz Sukki dalam tazkirah dia ada sebut.

AIDIL – FITRI
Kembali kepada FITRAH.

Apakah Fitrah manusia?

Petikan dari Surah AdzDzariyaat. Ayat 056
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu
.
 FITRAH manusia ialah menjadi hamba kepada Allah SWT.
Bulan Ramadhan bulan training. Sebulan kita berjaya train diri untuk membuat perkara baik, meninggalkan perkara mungkar. Bulan yang kita ibadat lebih dari biasa. Selepas sebulan, kita raikan AIDIL – FITRI

23 July 2013

Ramadhan & Keberkatan Harta Bahagian 3/3


Pernah tak korang rasa apesal aku do’a tak pernah makbul. Pernah ke korang solat pastu lupa surah pendek yang selalu hafal. Haaa.. cek balik pemakanan. Makan makanan yang datang dari sumber yang Haram akan:
  1. Kurang ingatan
  2. Do’a tak makbul
Kisah Imam Syafie sewaktu berusia 9 tahun. Dia belajar dengan Tok Gurunya memang senang je ingat dan hafal. Tapi satu hari dia berasa payahnya nak ingat ajaran Tok Gurunya. Tok Gurunya suruh cek pemakanan. Bila Imam Syafie balik tanya ibunya rupa-rupanya dia makan kambiing. Kambing tu tali terpajang sedikit lalu makan rumput kat kebun jiran. Detail kan? Takut tak?

22 July 2013

Ramadhan & Keberkatan Harta Bahagian 2/3


Jauhi perniagaan yang “Ghoro” (Uncertainty). Perniagaan yang belum tahu hasilnya.
Terbahagi kepada 2:

1. Yang ringan
Boleh dimaafkan. Contohnya kita bayar parking RM1 sebelum start parking pun. Maknanya belum habis kita berparking. Contoh lagi yang senang faham adalah penjual durian. Dia tak boleh gerenti SEMUA durian dia jual isinya cantek.

2. Yang besar
HARAM.
Contoh 1 Perjudian seperti mengumpul duit peserta untuk beli hadiah kepada pemenang. Pertandingan SMS yang ada yuran tambahan.
Contoh 2 Insurans Konvensional. Loan Rumah Konvensional yang bergantung kepada BLR tu.

Macamana kalau dah terlibat?
BERHENTI. BERUBAH. Harta yang sebelumnya riba, adalah miliknya tak perlu pulang balik.
 

21 July 2013

Ramadhan & Keberkatan Harta Bahagian 1/3


Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Termizi Mohamed Din Penolong Naib Presiden Jabatan Syariah Takaful Ikhlas.

Soalan Bocor SPM (Soalan Padang Masyar)

1. Bagaimanakah anda manfatkan umur yang ada?
2. Bagaimanakah anda manfaatkan masa muda?
3. Dari manakah anda mengambil harta?
4. Ke manakah harta anda dibelanjakan?

5. Bagaimanakah anda manfaatkan ilmu?
Dalam soalan “SPM”, 2 kali ditanya berkenaan dengan harta. Menunjukkan beratnya kita kena take note of harta kita, Halal Haram, dari mana secara detail, belanja untuk apa.
Dah ada soalan bocor ni, boleh la kita bertindak untuk menjadikan skema jawapan kita tu cantik untuk di jawab diSana kelak. Wallahu Alam.

20 July 2013

Tazkirah Untuk Khalifah - Bahagian 3



Nikmat hanya dapat dirasa apabila kita kehilangannya. 

Contohnya, kita merasa nikmat mulut apabila sakit ulser, susah hendak menjamah makanan.
Terasa nikmatnya kaki bila sakit lutut tidak boleh berjalan, berlari.
Terasa nikmatnya kenderaan bila kereta tersadai di bengkel akibat kemalangan.
Terasa nikmatnya pekerjaan bila majikan bankrap kita ditinggalkan.
Terasa nikmatnya kasih sayang ibu bapa, bila mereka tiada di depan mata.

Tetapi nikmat yang paling besar tentunya nikmat menjadi seorang Islam. Hanya hambaNya yang baru kembali kepada Islam akan sedar betapa nikmat, indah dan bertuahnya diberi hidayah untuk menjadi seorang Islam.

Sesungguhnya tiadalah yang bersyukur dengan nikmat Allah ini melainkan hanya sedikit.

19 July 2013

"Celik"



Kita sayang semua orang.
Kalau boleh tak mahu ada benci pun.
As we grow older, kita belajar untuk hargai nilai positif dan tolak tepi negatif.
Belajar hargai dan pandang kebaikan.
Sedahsyat mana dikhianat
Masih tenang.
Boleh senyum.
Sedaya mungkin tak beri ruang pada bisikan syaitan
Tak pernah wujudnya kebetulan
Atau “nasib baik”.
Tak pernah.
Kerana gugurnya daun yang sehelai itu
Terapungnya burung di angkasa itu
Terhiris jari dek sehelai kertas A4
Terhantuk di bucu almari
Jumpanya kita, awak dan saya, semua
Tak pernah dengan makna kosong
Akan terlihat
Selagi mana tak luput dari hati.


Mata hati yang celik dengan Syukur