05 May 2013

Kenduri


040513

Dah berbulan-bulan orang bercakap pasal pilihanraya.. dalam facebook setiap minit update isu pilihanraya.. tepi-tepi jalan orang berbaris berkempen pilihanraya.. and I had enough.. terlalu banyak kutuk-mengutuk yang keluar..


Hari ni rasa release sikit.. setengah hari berada di kenduri kawen anis.. kenduri yang simple yet meriah.. first time gi kenduri kawen yang ade photobooth.. with all the props.. jadikan end product dia sangat2 cute...  as I can see.. setiap tahun kenduri kawen ade je trend yang tersendiri.. and that makes the kenduri so unique..





So for both Anis & Shah.. semoga kehidupan anda berdua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.. aminnn.. 




04 May 2013

Pilih untuk TIDAK mengundi


Adakah memilih untuk tidak mengundi itu dikira pilihan?

Kita di dalam musim mengundi sekarang ni dan tiada topic hangat lain selain dari topik2 mengundi. Suatu hari tu di tempat kerja, seorang rakan sekerja mengumumkan pilihannya,

“I choose not to vote. Choosing not to vote is my choice”

He has his reasons. And reason dia adalah lebih kurang dengan orang-orang yang tidak mengundi. Tak perlu saya nyatakan kat sini kut. Sendiri boleh fikir.

Tapi, iya lah. It is a choice jugak kalau diikutkan. Setelah mendengar hujah-hujahnya. Heheh.

Maybe one fine day akan terbuka juga hati mereka yang berfikiran sedemikian untuk mengundi.

03 May 2013

Parody


Word popular sekarang. Sikit-sikit parody, sikit-sikit parody. Semua nak diparodykan. Daripada klip video lagu, sampailah ke ceramah uztaz2 pon diparodykan (Merujuk kepada Jozan meniru UIA). First time aku sedar word parody ni jadik trend, bila kemunculan PSY dengan lagu yang jadik fenomena tu, Oppa gangnam style (honestly aku lom pernah tonton pon youtube OGS ni).

Dan selepas tu, semuanya ada parody.

Sesuai dengan maknanya (An imitation of the style of a particular writer, artist, or genre with deliberate exaggeration for comic effect – google), mmg parody selalunyer over! youtube lak makin mempopularkan artis2 parody ni,

Itulah parody - bukan Farady-bah. *cough*

02 May 2013

Misi Malik - Bahagian 2


Usaha pencarian Malik sudah dijalankan namun hasilnya hanyalah tanda tanya. Hanya khemah yang kian usang, dan beberapa persalinan pakaian Malik yang dikenalpasti oleh ibunya.

“Kami masih mengharap menjumpainya, walau apa keadaan sekalipun tapi kami redha akan ketentuanNya.” tenang ujar Ali, bapa Malik sambil menunjukkan gambar2 yang ditinggalkan Malik di dalam kameranya:

1. Wajah Malik tersenyum lebar sambil menunjukkan ketulan otot di lengan.
2. Susunan batu menunjukkan ‘smiley’ dan bayang-bayang Malik membuat tanda ‘peace’.
3. Lukisan pasir menunjukkan arah anak panah kehadapan.
4. Sinaran cahaya matahari di hujung jalan yang di ambil dari sebalik pokok-pokok hutan yang menebal.


“Mungkin ini kemahuannya”

01 May 2013

Perubahan - Malik (Dani)


“Kau ni Malik tak reti-reti ke nak nolong kat rumah ni. Mak ni bukannya muda lagi. Nak mintak pasang lampu kat bilik air pun mak kena import abang ko kat Jerantut tu ha” bebel Fatimah memecah keheningan petang.

Malik menggenyeh-genyeh matanya baru bangun tidur.

 “Malik kerja la Mak, hari-hari Malik pergi kerja. Orang penat aa. Mak suruh aje la anak kesayangan Mak tu pindah balik KL ni. Sikit-sikit Malik!” Malik mula meninggikan suara tidak puas hati.

“Ke situ pulak dia. Siapa yang tinggal dengan Mak sekarang ni? Bila la kau nak berubah ni Malik.”

Perubahan? Ya, itu yang aku perlukan.

Perubahan - Adledash

Nyawa manusia bagai satu produk ciptaan Tuhan yang dipasang bersama jasad manusia dan punya tarikh luput. Lain kita, lain tarikh luputnya.

Lahir dengan tangisan dan azan membesarkanNya dan mengakui kewujudanNya. Lalu belajarlah kita tentang dunia, akhirat, dosa, pahala, hak dan batil, nikmat dan derita, benar dan dusta, serta sebagainya. Dari bayi, ke remaja, dewasa dan seterusnya tua. Itu kalau sempat tua.

Hampir semua kita, melalui perubahan yang sama. Bezanya, apa yang kita isi dicelah fasa atau apa yang kita pilih untuk mengiringi perubahan yang biasa menjadi luar biasa.

Di antara hidup dan mati.
Apa yang kita dah, dan sedang isi.

Perubahan



Manusia perlu berubah.

Mengeluh bila tidak bergaji besar, walhal masih ada anak-anak kecil menguis sampah mencari sesuap makanan untuk membesar.

Manusia perlu berubah.

Sedih bila tidak mampu miliki rumah besar, walhal ada insan di luar sana masih tidur di kaki lima menahan sejuk terketar-ketar.

Manusia perlu berubah.

Marah angkuh dinasihat ibu bapa, walhal ada insan sebatang kara yang hanya bergantung kasih pada penjaga.

Manusia perlu berubah.

Terasa ilmu sudah cukup di dada, walhal surah pendek pun sering terlupa.

Manusia perlu berubah.

Sentiasa ingin dipandang hebat di dunia, walhal jasad sendiri hanya pinjaman dari yang Esa. 

Bilakah manusia itu akan berubah?

Perubahan - Didie

Buntu! Buntu! Puas pikir topik ape yang aku nak post untuk cabaran kali ni. Dengan pencabarnyer asyik me’remind’ suh buat post sampai now aku tak ada idea! Hahaha
Taknakla post benda yang common sebab nak tarik perhatian sponsor hadiah ni kena post yang boleh pikat hati pensponsored kan?! Siapa sponsor? Kak fara! Jadik post mestilah samaada puitis atau kelakar!
Alamakkk cane niiii?!
Dlm byk2 org siapa paling cute?? KAK FARA!! Dlm byk2 org duduk kat klang siapa paling popular?? KAK FARA!! Dlm byk2 tudung tudung siapa paling lawa?? KAK FARA!!! Hahahaha ini namanya post bodek! Hamekkkkk! Gwiyomi...gwiyomi..boleh menang tak?! Lalalala

Perubahan


Susah la tajuk kak fara kasik.. jenuh nak pikir ape nk taip..




Emmm perubahan?? Perubahan macam mana yang korang nak?? Slalu kalau orang cakap pasal perubahan mesti ade kaitan dengan berubah dari yang kurang elok kepada yang lebih elok.. dari yang jahat kepada yang baik.. dari buruk kepada cantik..

Macam mana nak berubah? Itu bergantung pada diri sendiri.. kalau tak usaha selamanyalah ditakuk lama.. tapi kalau rase diri dah sempurna.. tak semestinya dah tak perlu berubah.. mungkin perlu sikit penambahbaikan..

Tapi personally aku lagi prefer kalau kite tak mention semua tu as PERUBAHAN.. tapi lagi sedap kalau ditukarkan ke PENGHIJRAHAN..  

Perubahan


aku duduk disitu ,
aku lihat kiri, aku toleh kanan
tak sama!
banyak beza!

Stesen itu sudah berubah.
tangga itu kini bernama escalator,
derapan kaki, gumaman manusia jelas aku dengari
meski kaku atas gerakan escalator
emosi tetap bergerak.
Berubah ikut masa, dengan cara mereka.
Semuanya kini jauh berbeza.

perlukah perubahan?
apa aku akan bahagia dengan perubahan?
aku renung  wajah yang melintas
satu demi satu

ada senyum
ada mencuka
ada selamba

Perubahan! Perubahan!
Mereka laungkan “kita ubah! Kita ubah!”
tak kurang juga “ini kalilah!”



Dalam dunia aku semuanya sama saja, Tak pernah berubah .tak ada perubahan. Aku tetap kucing sampai bila-bila.

Perubahan - Mas


Setiap saat tentu ada saje perubahan yang berlaku, internally, external, semua! Perasaan, sifat, gaya, motif, cara, semua2 pun boleh alami perubahan dalam sekelip mata. Ada perubahan ke arah positif, ada sebaliknya. InsyaAllah kita doakan yang terbaik utk kita semua ye.

Perubahan yang saya alami dalam hidup saya …kejap meruntuhkan semangat untuk teruskan perjuangan, tapi kejap lagi, lepas pk dan pk lagi, Allah tentu dah ada perancangan untuk hidup saya kan.. maka kene la tanam semula semangat juang tu.

Semangat paling takleh blah yang selalu buat saya down adalah semangat untuk membina keluarga sendiri... “Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini! Amin…”

Perubahan - Fara

Mak,

Memandang ke riak wajahmu,
hatiku jadi sayu. 
Meletakkan diriku di tempatmu,
aku jadi pilu. 
Bangunmu, tidurmu,
mak sendirian di situ. 

Sedihkah dirimu? Sepikah dirimu? 
Takutkah dirimu tatkala mendung gelap berarak dan hujan lebat mencurah?
Anakmu ini tak mungkin tahu. 

Maafkan anakmu tak selalu menemanimu.. saat mak mungkin memerlukanku..

Dulu, tanganmu itulah yang membelaiku.
Dulu, tubuhmu itulah yang kucari untuk kudakap,
buat menepis rasa takutku.
Suaramu itulah yang menegur silapku, mengajar lakuku..

Mak,
Perubahan diwajahmu, ditubuhmu, mungkin terjadi bersama waktu…
Namun limpahan kasihmu buatku, buat kami anak-cucumu..
Tiada perubahan.

Terima kasih Mak...
Mak ialah emakku, satu-satunya.

Tetap satu-satunya. 

Tiada Perubahan.

Perubahan - DarkWan

Lazimnya bila disebut perubahan itu adalah untuk lebih baik. Tapi biasa saja aku kecewa dengan pendokong-pendokongnya. Apatah lagi dengan pemimpin-pemimpin yang jika kau tahu apa yang aku tahu tentu kau akan menghentak meja dan menggeleng kepala.


Perubahan memerlukan usaha bukan kepalang. Maka mulakanlah dengan diri sendiri. Sungguh malang bila yang cuba diubah itu lebih sukar diubah berbanding dengan diri sendiri jadi sedarkah kita bila keadaan itu tidak berubah? 

Ubah itu memang susah. Ubah itu memang payah. Tapi manis perjuangan lebih terasa bila peritnya sehingga mengalirkan air mata. 

Tidaklah aku berkata melainkan kepada diri sendiri. Seyogia ingatkanlah aku bila aku terlupa.