13 May 2013

Titik Persamaan Di antara Kita



Adakah anda lahir selepas tahun 1975?

Pernahkah anda tinggal di asrama?

Adakah anda berpendidikan universiti/kolej tempatan?

Gaji pertama anda mesti tak sampai pun RM2000?

Adakah anda lebih rapat dengan emak berbanding bapa anda?

Benarkah ayam masak kicap emak anda jauh lebih lebih sedap daripada masakan di hotel?

Anda lebih rapat dengan sepupu anda semasa kecil berbanding sekarang?

Adakah anda mempunyai ramai kawan termasuk dari kalangan india dan cina?

Pernahkah anda terfikir, semakin lama anda bekerja semakin kurang masa bersama keluarga?

Adakah anda berpuas hati dengan keputusan PRU13?



Sekiranya jawapan terakhir anda adalah TIDAK, maka anda dan saya adalah sama sahaja…

12 May 2013

Untukmu Wahai Ibuku



Apabila aku sedih dan jiwaku letih
Apabila masalah melanda dan hatiku dibebani
Aku tertunggu disini dalam kesunyian
Hinggalah kau datang dan duduk bersamaku

Kau mendewasakanku, maka aku bisa berdiri di puncak
Kau mendewasakanku, untuk meniti lautan bergelora
Aku gagah, apabila aku dibahumu
Kau mendewasakanku, ke tahap lebih dari kemampuanku

Tiada kehidupan, tanpa ia kelaparan
Tiap resah degupan hati sungguh tidak sempurna
Tapi pabila kau datang dan aku dipenuhi kehairanan
Kadangkala, kufikir itulah lirikan abadi

Kau mendewasakanku, maka aku bisa berdiri di puncak
Kau mendewasakanku, untuk meniti lautan bergelora
Aku gagah, apabila aku dibahumu
Kau mendewasakanku, ke tahap lebih dari kemampuanku


11 May 2013

Tolonglah jadi lebih sensitif!


Pernah dengar Pet Peeve?   (A minor annoyance that an individual identifies as particularly annoying to them, to a greater degree as others may find it – Wikipedia) ha, itu bahasa berlapik.. bahasa tak berlapik dia, perbuatan orang lain yg kita menyampah. Hehehe.. agak kasar di situ kan? Tapi takleh nak indah-indahkan lagi dah.

Orang bersandar kat tiang-tiang pemegang dalam LRT atau Komuter.

Seriously. Jenis yang ingat tiang tu diwujudkan untuk dia sorang .. jenis yang tak sensitive dengan kepayahan orang sekeliling yang terpaksa menyelit2 kan tangan sebab nak pegang tiang yang dia dah sandar mcm dinding bilik dia.

Annoying sangat uols!

10 May 2013

Sesuatu yang tidak diduga

3.5.2013 adalah tarikh terakhir kontrak kejeku tamat dan hari itu adalah hari cutiku sebelum memulakan keje dengan status tetap dalam syarikat. Ya aku sangat gembira tidak terkata di atas status baru yang sekian lama ditunggu. Tetapi tanpa diduga pada tarikh yang sama juga anak saudaraku, Aqil Hamzah pergi bertemu Penciptanya. Aqil diserang demam panas dan jangkitan paru-paru. Doctor mengesahkan Aqil diserang bakteria Streptococcal di mana bakteria itu telah menyebabkan keseluruhan organ badan aqil rosak. Ya Allah luluh hati ini melihat tubuh anak kecil disambung dan dicucuk dengan wayar berselirat. Semoga parents Aqil tabah dan kuat menghadapi ujian dari Allah swt.

09 May 2013

Dan Pemenangnya adalah...... *drum roll*


Cabaran bulanan. 

Tak salah kot kalau aku make a special entry for this. Memang aku akui tajuk ‘perubahan’ agak too broad untuk di discuss. Kalau soalan SPM “Perubahan, bincangkan” haruslah lama otak menerawang.

Aku Cuma ambil kesempatan atas PRU13.

Pemenang2, adalah:-

1.       Entry Terawal: Dop! Aku tak surprise dop hantar awal. Dia ni mcm lautan idea.
2.       Pilihan pembaca berdasarkan undian : Mas! Mungkin Mas boleh kasik tips camne dia kempen
3.       Pilihan pemberi tajuk: Syuhada! Perlu justify ke knp saya pilih dia? Entry yg simple, tapi ada wow factor. Baca sampai habis tetiba WOW. Gitu

Tahniah! Sila claim hadiah!

08 May 2013

Analisis Terms Dengan Google Trends

Ini ialah analisis kangkung saya menggunakan Google Trends (http://www.google.com/trends) mengenai carian terms popular pengguna Internet di Malaysia menggunakan enjin pencari Google, dengan membandingkan antara terms berikut: 

-bn 
-dap 
-pkr 
-pas



Menarik untuk disaksikan dalam graf-graf ini ialah, terdapat dua keadaan di mana carian tentang "bn" paling banyak antara lain-lain. Pertama, pada 7 April iaitu hari selepas Akujanji BN diumumkan dan kedua pada 16 April iatu hari selepas calon-calon PRU 13 BN diumumkan. 

Bagaimanapun, pada hari-hari lain, carian mengenai "bn" adalah sangat biasa. Perhatikan juga carian "dap" adalah paling bawah pada 30 hari lepas, bagaimanapun bertukar menjadi tertinggi dalam kedudukan terkini.

07 May 2013

Nilai kan lah

Bila mereka diajar untuk menerima kekalahan, si Biru beriya-iya deny kemenangan mereka.

Aman damainya Malaysia nih kalau Biru juga menerima kekalahan undi Cina di hampir keseluruhan kawasan majoriti pengundi Cina.

Apekan daya, Biru terus mempersoalkan bangsa, ketuanan dan perpaduan Melayu.

Mereka lupa, sebelum semua ini berlaku, mereka taksub mengiklankan kempen-kempen unsur perkauman terlampau.

Mereka juga lupa, merekalah yang beriya-iya menggunakan istilah "Jihad" menentang Hijau, juga dari bangsa yang sama.

Jika Merah menang besar dianggap ancaman perkauman, ape gune demokrasi? Baik buat pilihanraya sesama Melayu, tanpa langsung melibatkan bangsa lain.

Kalau pembangkang dilabel sore loser, adakah mereka itu sore winner? Nilaikanlah.

06 May 2013

Mengenal Kejayaan


Kejayaan adalah perkara yang ingin dicapai oleh kebanyakan manusia di muka bumi ini tidak mengira ras, agama mahupun jantina.

Tetapi, adakah kita mengenal apa itu kejayaan? Adakah ia berjantina lelaki atau perempuan? Adakah ia pepejal ataupun cecair? Adakah saya mengarut di sini?

Biasa kita lihat dalam penulisan berbahasa Melayu, orang menulis “dahagakan kejayaan”. Nampaknya ia seperti minuman dan bila disebut minuman, ia adalah sejenis cecair .Tetapi, apa kata orang berbahasa Inggeris pula? 

“Hunger for success”. 

Kalau dalam bahasa Melayu, hunger ialah lapar. Orang kalau lapar dia hendak makan (pepejal).

Jadi, kejaayan ni cecair ataupun pepejal ataupun ambil jalan pertengahan,sejenis gas?

05 May 2013

Kenduri


040513

Dah berbulan-bulan orang bercakap pasal pilihanraya.. dalam facebook setiap minit update isu pilihanraya.. tepi-tepi jalan orang berbaris berkempen pilihanraya.. and I had enough.. terlalu banyak kutuk-mengutuk yang keluar..


Hari ni rasa release sikit.. setengah hari berada di kenduri kawen anis.. kenduri yang simple yet meriah.. first time gi kenduri kawen yang ade photobooth.. with all the props.. jadikan end product dia sangat2 cute...  as I can see.. setiap tahun kenduri kawen ade je trend yang tersendiri.. and that makes the kenduri so unique..





So for both Anis & Shah.. semoga kehidupan anda berdua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.. aminnn.. 




04 May 2013

Pilih untuk TIDAK mengundi


Adakah memilih untuk tidak mengundi itu dikira pilihan?

Kita di dalam musim mengundi sekarang ni dan tiada topic hangat lain selain dari topik2 mengundi. Suatu hari tu di tempat kerja, seorang rakan sekerja mengumumkan pilihannya,

“I choose not to vote. Choosing not to vote is my choice”

He has his reasons. And reason dia adalah lebih kurang dengan orang-orang yang tidak mengundi. Tak perlu saya nyatakan kat sini kut. Sendiri boleh fikir.

Tapi, iya lah. It is a choice jugak kalau diikutkan. Setelah mendengar hujah-hujahnya. Heheh.

Maybe one fine day akan terbuka juga hati mereka yang berfikiran sedemikian untuk mengundi.