28 May 2013

Mengenali Personali Dengan Tabiat Pemakanan Roti Canai

Tahukah anda, roti canai bukan sekadar makanan? Ia juga menggambarkan personaliti seseorang itu dari segi jenis roti canai yang mereka pesan.

Roti Bawang – Berhati halus dan mudah menangis

Roti Boom – Askar pencen atau anggota RELA

Roti Kosong – Suka berjimat-cermat dalam kehidupan. Pandai mengurus kewangan. Sesuai dijadikan calon suami/isteri.

Roti Pisang – Mempunyai masalah sembelit tapi tidak diceritakan kepada orang (suka berahsia)

Roti Sardin – Sukakan cabaran. Gemar mengikuti perkhemahan unit beruniform di sekolah dan menjadikan sardin sebagai lauk utama.

Roti Sotong – Mempunyai hobi mencandat sotong

Roti Telur – Seorang pembersih jika bertanyakan kepada penebar roti canai “adakah telur ayam dibasuh?”. Begitu juga sebaliknya.

27 May 2013

Oh My English - Bahagian 1


Tetiba aku tingin nak bukak kelas English pasal pronunciation kat sini, walaupon grammar aku sendiri forever fail so maap kan lah. I’m sure kowang dah tau sebutan yang betol, but since aku noticed ada jugak gang seangkatan yang sebut ala2 lidah melayu, moh belajar sesame.

Pekataan hari ini ialah:
BREAKFAST 
/ˈbrekfəst/

Kesilapan sebutan aku yang lalu ialah “break.fuhst” sebab literally ikot ejaan. Punyerlah trying too hard nak practice sebutan sampai lepas tuh jadik “breck.fuhst” pulak. Kerasnyer lidah aku nie. Semenjak tuh, aku asik pasang telinga dengar sebutan orang pulak “Wahh dia sebut betol!” atau “Ohh kita geng lidah keras -.-'!”

26 May 2013

Tazkirah Untuk Khalifah - Bahagian 2



Kita dijadikan Allah atas 2 sebab. Menjadi hambaNya dan menjadi khalifah di muka bumi milikNYA. Secara kasarnya, hamba yang baik adalah hamba yang menurut segala perintah serta menjauhi segala larangan tuannya dengan taat. Khalifah yang baik pula seharusnya pemimpin yang amanah dan bijak mentadbir segala jiwa dan harta di bawah pentadbirannya selaras dengan apa yang diperintahkan Allah. 

Sebagai hamba, sejauh manakah kita berjaya menurut perintahNya? Sejauh mana pula laranganNya kita patuhi? Jauh sekali menjadi khalifah yang baik kerna terlalu banyak kerosakan di muka bumiNya dilakukan oleh tangan-tangan kita sendiri. 

Apakah jawapan seharusnya diberi andai diri ini ditanya,..

“Siapakah kita sebenarnya?”

25 May 2013

Terapi Minda


Dulu..

Aktiviti yang paling seronok dilakukan semasa hati tengah kacau adalah duduk di kedai makan sambil memerhati gelagat orang.. aku tak tahu lah orang lain.. but untuk aku.. aktiviti macam ni berjaya men-distract-kan otak serabut aku dari memikirkan masalah2 dalaman sekejap..

Seronok sebenarnye tengok gelagat orang.. tengok cara orang bercakap.. berjalan..ketawa.. bergosip.. kadang-kadang kalau nasib baik  dapat tengok orang bergaduh.. menangis sume.. Cuma yang tak syok bile ade budak2 yang tak cukup umur dok ber’cinta’ depan mata.. haduii sakit jadinya mata..

Ape-ape pun.. kalau nak memerhati gelagat orang kena pandai cover.. takut orang cop stalker pulak nanti.. naya je.. hahahaha..

24 May 2013

Terlebih Tunjuk dari Faham



Aku tak marah. Cuma kadang-kadang stress.

Stress sebab kadang-kadang atau kebanyakan masa, manusia macam lebih tahu apa yang aku patut buat dengan hidup aku, lebih dari Tuhan. Aku alu-alukan cadangan tapi bukan diperbodohkan atas keputusan yang aku dah tentukan.

Aku tak buat keputusan hidup semborono. Kebanyakan keputusan penting hala tuju hidup masa depan aku, aku tanya mengikut saluran yang sepatutnya sebagai hamba dan diikuti majlis syura bersama insan-insan penting.

Orang mempersoal kenapa begitu begini. Rugi saja bila tak sama tahap atau lebih dari orang lain.
Sekeras mana kau cuba buat orang faham, akhirnya kau sedar, tak guna.

Tuhan saja memahami.

23 May 2013

Macist


Memang bukan semua.

Tapi aku rasa lelaki Cina dan India lebih gentleman sedikit berbanding lelaki Melayu. Mereka lebih berbudi pekerti, prihatin dan bertimbang-rasa. Kenapa entah ketara berbezanya. Tahap ignorant lelaki Melayu memang agak luar biasa sedikit berbanding bangsa lain.

Macist (malay racist)?
Male chauvinist?

‘Apa lagi perempuan Melayu mahu?’

Hello… hello. Ini bukan isu perkauman, ok. Jangan salah faham. Tak dinafikan ramai juga lelaki Melayu yang berbudi pekerti mulia, bertimbang-rasa dan prihatin terhadap masyarakat setempat. Namun ada juga segelintir yang tidak. Sebab itu aku kata ‘memang bukan semua’. Cuma aku agak curious saja kenapa jadi macam itu.

Kenapa agaknya eh?

22 May 2013

Er.. Kawan ku dan Winamp

Familiar tak korang dengan Winamp?

Kalau dulu masa zaman aku belajar setiap PC mesti ada Winamp. Kalau ada 6 PC kat dalam hostel, semua mesti ada Winamp untuk memainkan klip-klip lagu MP3 masing-masing.

Selalunya setiap PC mesti ada speaker. Speaker memang berguna bila tengok movie atau mendengar radio secara berjemaah. Tapi ada juga kejadian yang 2-3 PC pasang lagu berlainan dari speaker masing-masing.

Tapi al-kisah kawan aku nih, dia akan synch kan lagu yang sama pada setiap PC yang berlainan untuk berbunyi serentak. Dia akan godek Winamp setiap PC sampai lagu tu berbunyi serentak. Itu hobi dia.

Aku cam… Er..

21 May 2013

Sibuk

1)Lapang sebelum sibuk.

2)Mencelah kesibukan.

Aku dalam situasi mencelah dalam kesibukan. Macam mana sibuk wujud? Sebab mungkin pengurusan masa yang tidak berkesan atau hanya perasaan sendiri yang merasakan sibuk kerana apa lagi fungsi masa bernyawa kalau tak diguna untuk urusan keduniaan dan harapnya jambatan ke akhirat yang menjamin kebaikan. Pernah membaca dan terdengar bahawa jumlah tanggungjawab yang kita ada, takkan terlaksana walau seumur hidup sekalipun. Jadi, apa itu sibuk? Atau hanya prioriti yang disusun mengikut kepentingan? Bertahun aku cuba ungkai terma ‘sibuk’. Bila tidur itu penting, itu pun kategori sibuk.

Mencelah kesibukan pun satu jenis sibuk.

*Pergi sambung thesis.* Bai.

20 May 2013

Kemalasan Teknologi


Teknologi sebenarnya memalaskan manusia.

Percaya atau tidak, di sebalik setiap kemudahan itu sebenarnya terselit sangat banyak ketidakbaikan. Serba-serbi sudah menjadi ringkas dan mudah. Manusia pada akhir zaman ini hampir kesemuanya hidup seperti kad ‘Touch n Go’.

Tidak perlu ambil tahu lagi tentang proses melakukan sesuatu kerja. Bypass everything. Hasilnya lebih penting. Prosesnya letak tepi. Sadly, we will not appreciate the effort of ‘The making or Behind the Scene’. Haah, ada kau kisah. Called me classic or old fashion but I’m not a big fan of technology.

Kau tahu apa akan jadi apabila manusia semua malas belaka? 

BFF baru bernama obesiti.

19 May 2013

Kerja Bodoh



last week member pass bijik gajus..

“goreng dengan pasir.. kalau takde, kacang ijau pon boleh”

so beli kacang ijau je murah..

semasa menggoreng, bijik gajus mengeluarkan cecair.. mengakibatkan dapur penuh asap..

dan buatkan aku rase gatal-gatal satu badan..

masa buang cengkerang , sekali lagi cecair keluar.. dan tangan pulak gatal-gatal..

whatsapp member bagitau bijik gajus tu beracun.. ape-ape jadi, bijik gajus punca kematian

esoknya dia call.. “err silap la.. goreng dengan pasir tu buah berangan.. bijik gajus goreng dalam tanah letak api kat atas.. sebab getah dia memang gatal”

haramjadah! Tau tak tangan aku mengelupas teruk disebabkan getah gajus tu!

18 May 2013

Derhaka


tadi aku terbace kisah sorang artis dok gaduh dengan mak dia through media.. si mak claim si artis anak derhaka.. si anak claim mak halau dia siap masuk tv buat press conf bagai dengan awek dia..

Ya Allah.. sedihnya aku.. kenapa mesti ade orang macam ni.. aku tak tahu pihak mane yang betul or salah.. tapi ape-ape pun.. kau sebagai ANAK.. TOLONGLAH HORMAT KAT MAK..

Aku sedih weh.. kite selalu tak appreciate something yang ada depan mata.. tapi percayalah.. bila mak tu dah tak ada nanti.. menangis meratap kat kubur pun dah tak guna..

Oh.. rindunye aku kat arwah mak.. :’(

17 May 2013

Sa Sa Sayur


Kau suka makan sayur?

Aku suka. Sangat suka. Jadi aku tak berapa faham kenapa orang tak suka makan sayur. Banyak gila khasiatnya. Tak patut betul kalau orang tak suka makan sayur. Kasihan sayur-sayuran itu. Tapi antara sayur yang dimasak dan belum masak, aku lebih suka makan sayur begitu saja (eh… eh macam roti Gardenia pula). Sebab sayur yang belum dimasak adalah lebih manis dan sedap berbanding sayur yang sudah kehilangan vitamin selepas dimasak. Rangup pula itu. Manis dan tak pahit langsung.

Kalau tak percaya cuba makan sayur kobis.

Secara mentah-mentah.

Memang manis aku cakap kau. Tak percaya cubalah buat eksperimen.

16 May 2013

Di Mana ALLAH ?


Dahulu, ALAM ni TIADA sehinggalah ALLAH menciptakannya.

Tiada gelap.
Tiada cahaya.
Apatah lagi bumi yang berpusing di atas paksi  dan mengelilingi matahari yang menjadi perkiraan MASA manusia.

Tiada sesuatu melainkan ALLAH sahaja.


Jelas, ALLAH itu Al-Khalik (pencipta) dan apa saja yang lain ialah makhluk (yang diciptakan).

Maka, terjawabkah persoalan?

ALLAH bukan di Langit dan ALLAH juga bukan di mana-mana kerana wujud ALLAH itu TIDAK memerlukan TEMPAT.

Mustahil bagi ALLAH berkehendakkan makhluk seperti tempat dan masa.

Inilah pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah (ASWJ) yang dirintis jalannya oleh Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi dan disepakati oleh ulama-ulama ASWJ.

15 May 2013

Color Block



Merata2 tengok orang upload oufit of the day (OOTD) dengan color blocking. So aper tuh color block sebenonya? Basically a combination of pakaian with solid colors. Contohnyer tops color electric blue, sluar pulak color hijau, clutch color oren, accessories color kuning. Lengkap colour chart wheel hehehe. But sebenarnya tak perlu over camtuh pon. Cukup sekadar maintain dua color from top to toe.


Aku suker tengok orang yang pakai camtuh tak pon mak2 yang rajin dress up kan anak2 dorang. Nak pakai sendiri tak cukup berani. Aper tah lagik nak pakaikan kat anak sendiri. Silap gaya orang ingat maknya rabun warna. 

14 May 2013

Jimat Tanda Sayang


Masa saya kecik2, takde hari ibu. Yang popular, hari guru, hari kanak-kanak. Sekarang, semua ada hari.. Now trend anak2 buat kad ucapan. Mak-mak pun touching.

Termasuk lah saya.

Sejak dah sekolah, Lydia tak missed kad ucapan hari ibu. Tahun ni pun samalah.

Jumaat bawak kad dari sekolah.

Sabtu, ajak adik2 dia buat kad.

Ahad, adik2 dia pulak buat kad.

Berkeping2 kad hari ibu dorang ‘cipta’ untuk saya, macamlah saya kerja kilang kertas.

“Mak tau anak2 sayangkan mak. Mak suka tgk kad yg anak2 mak buat. Tapi, satu cukuplah. kalau sayang mak, doakan mak sihat selalu, dan jimatlah guna kertas ye.”