17 June 2013

Sayur Kacang Masak Kicap Siri 1



Minggu itu dia dan kawan-kawan seasrama dibenarkan pulang kerumah. Dia gembira bukan kepalang , apalagi dapat pulang melepas rindu dendam pada keluarga tersayang.

Setiap langkah ke perhentian bas dia hanya senyum dengan hati yang berbunga riang.

Itu tengahari pertama dia pulang sejak tinggak diasrama. Hari itu dia nekad masakkan hidangan istimewa untuk keluarga. Sebagai isyarat yang dia kini anak gadis yang mampu banggakan mak dan ayahnya.


Makanan terhidang. Disusun ikut ajaran cikgu KHB disekolah. Sedang enak menjamu selera ayah bersuara


“ kenapa masak kicap kacang panjang ni masam?”

“ ehh, ye ke?” katanya sambil merasa


“akak terlebih letak asam jawa agaknya….”

16 June 2013

Tukar Pelan Celcom Prepaid (Bahagian I)


Pelan Celcom prepaid yang aku guna sekarang ni, pelan International. Bukan tersilap pilih beli, tapi sebab memilih nombor cantik. Takdelah cantik sangat pun sebenarnya hahaha.

Mujurlah ada cara nak pindahkan dari pelan International ni ke pelan lain yang lebih sesuai dengan kegunaan aku. Pelan yang dimaksudkan ialah Pelan X2.

Dengan penuh rasa kompiden, aku taip arahan ini dari handphone.

MIG X2

dan kemudian dihantar ke 28882.

Terus dapat balasan.

Caj RM5 akan ditolak dr akaun anda utk beralih ke pelan Xpax Baru. Bonus & 8pax/15pax/15pax/Teman20 tidak terdpt dlm pelan ini. Htr MIG YES ke 28882 utk teruskn

Eh bersambung ..


15 June 2013

Kenali Vocab: Suuk! Suuk!

Suuk! Suuk! : penggunaannya mestilah berulang dan disusuli dengan tanda seruan. Digunakan untuk memberitahu Ni! Ni! Atau Lihat Sini! Lihat Sini!

Asal perkataan adalah pengaruh dari cerita “The Fifth Element”. Pelakonnya Milla Jovovich dan Bruce Willis. Milla ni alien purba yang dijelmakan sebagai seorang gadis daripada sakibaki DNAnya dari hempasan aircraft yang dinaikinya.
Dia ni enthusiastic, excited, fast learner dan sangat curious semasa dia baru dijelmakan menjadi manusia. Dia juga kuat makan. Dengan bersungguh-sungguh dia tunjuk ayam panggang dalam microwave
 
“Suuk! Suuk!”.
 
Jadi dari situlah dapatnya perkataan “Suuk! Suuk!” ni. Kitrang ulang tengok cerita ni banyak kali kut.. “Multi Pass”

14 June 2013

Kenali Vocab: Mechak!

Mechak! : perkataan ini digunakan untuk mengatakan saya Mengantuk!. Penggunaan kebiasaannya disusuli dengan tanda seruan.. Mechak!
 
Asal perkataan ni tiada kaitan langsung dengan mengantuk.
 
Dulu aku dan sahabat tengok cerita “The Eye”. Part masa flashback kehidupan gadis malang yang boleh melihat kematian dan orang mati; di kampungnya di Thailand. Dia selalu dicemuh oleh orang kampung sebab kelebihannya. Dia tinggal bersama ibunya. Dan memanggil ibunya Mèè (pronounce: Meh); ibu dalam bahasa Thai. Suatu masa dia dah tak tahan, dia membunuh diri dalam bilik sambil memanggil-manggil ibunya..
 
Mèè Cha!, Mèè Cha!.
 
Jadi dari situlah datangnya perkataan Mechak! Macamana boleh relate dengan mengantuk?

13 June 2013

Cerita Seketul Daging

Lain di luar lain di dalam.

Tak sama. Tapi hampir serupa.

Di luar.

nampak gagah macam gajah. Mampu angkat batang pokok besar sehingga menimbulkan gerun dihati yang lebih kecil. Nampak dari jauh macam sukar untuk dijatuhkan. Ditakuti serta digeruni. Waktu gembira bisa berlari sana-sini sampai tak pandang apa-apa ditepi. Kalau bisa redah memang semua gigit jari. Tak peduli. Tak kisah langsung apa yang nak jadi.

Didalam.


Ada seketul daging tak tak nampak dengan mata kasar. Tapi boleh dirasai sendiri. Lembut.mudah terluka. sensitif dan kadang-kadang langsung tak munasabah. Aneh. Walau dibalut fizikal gagah namun hati nan seketul itu mudah benar rabak sampai terkoyak-koyak. Sakit.

12 June 2013

Kempen "Kami Benci Sampah"

Sejak VO ni, rajin buat daily cleaning. Bila wat cleaning, jelas nampak banyaknya sampah yang terhasil daripada aktiviti seharian kita. Jika purata seisi rumah menghasilkan 1 beg sampah sehari, satu kawasan perumahan yang ada 1000 rumah dah 1000 beg.. kalau 1000 kawasan perumahan? Tak ke dalam sehari, kita dah menghasilkan lebih sejuta beg sampah?

Itu sehari.

Itu satu negara.

Sampah yang dikutip dan dilupuskan tu ok lagi. Sampah-sampah yg terbiar itu yang mengundang agent2 pembiakan penyakit seperti nyamuk, lalat dan tikus. Tak lupa jugak banjir dan pencemaran udara.


Rasa mcm hidup dikeliingi sampah, yet kita masih lagi seronok menghasilkan sampah.

11 June 2013

Mimpi Mainan Tidur ?

Orang kata, mimpi itu mainan tidur. Namun, boleh jadi bingung juga sebab mimpi.

Dalam mimpi aku tadi, aku dengan rakanku berada di sebuah tempat. Tiba-tiba, kami didatangi Tuan Guru Nik Aziz yang datang berseorangan dengan kerusi roda. Rakanku itu memeluk TGNA sambil mengucapkan sesuatu kepada beliau (dah lupa isi kandungan). Mereka sama-masa menangis, dan aku yang turut tersentuh dengan pertemuan itu pun turut memeluk mereka dan menangis.

Sebenarnya, aku bukanlah peminat TGNA atas sebab-sebab tertentu. Tak perlulah tanya, ia cuma pendapat peribadi sahaja oleh aku yang kecil ini dan sukar aku nak jelaskan dengan keadaan diri aku yang dhaif ini.

10 June 2013

Tak Pandai Berterima Kasih

Ketika kecil, ibu dorongkan aku untuk sentiasa dapat nombor 1. Tapi, kalaupun aku dapat nombor 1 dan ibu-ibu anak orang lain puji "pandainya Wan, macam mana Wan belajar, nanti tunjuk anak makcik" - ibu akan "play down". "Taklah, banyak main je dia ni".

Jadilah aku, manusia yang tidak makan pujian. Kedengaran positif di situ, tapi ada satu masalah. 

Aku tak pandai mengucapkan terima kasih bila orang beri penghargaan.

Bila aku besar, barulah aku tahu bagaimana untuk membalas pujian. Disebabkan semua perkara itu datangnya dari Allah, maka hanya layak dikembalikan pujian itu kepada Allah juga.

Kerana aku ini memang tiada apa-apa.

09 June 2013

EOS Lip Balm Sweet Mint




CUTE!
Its sphere design makes it very handy and can easily be found digging through my handbag. It’s also has an easy twist to open.

The Sweet Mint is one of EOS’s (Evolution of Smooth) Smooth Sphere Lip Balm line. Love the peppermint taste. Beats chewing Wrigley’s Spearmint gum. It also gives a cool effect when applied. The ones like when you put on Lip Ice. The cool icy feel lasts about an hour but my lips stayed moisture for a long time.

Its colourless which makes it easy and fast to apply, don’t need a mirror it won’t smudge.
 

 
 

 

08 June 2013

Mengantuk


Mengantuk.
Mengantuk itu anugerah tuhan.Memberi hak kepada mata untuk berehat.
Tapi apa nak buat kalau mengantuk sangat masa bawak kereta;

Dah minom nescafe original masih jugak mengantuk
Dah basuh muka berkali-kali, mata masih nak lali
Dah telan gula-gula segenggam, masih tak jalan
Dah cubit peha seniri, makin tersengguk berkali-kali
Dah cuba cabut bulu hidung seniri..tahan sekejap je
Dah pasang lagu kuat-kuat, makin asyik pulak rasanya

Tapi itu dulu..sekarang saya baru dapat petua baru yang sangat mujarab.

Cubalah makan kuaci sambil memandu..nescaya tak mengantuk sampai kuaci habis

Tapi kalau masih mengantuk jugak..bawak-bawaklah pegi medical checkup
Anda memang ada penyakit tidur agaknya..

07 June 2013

Hari ini, kami....

... 10 tahun.

Alhamdulillah. Belum lama, tak jugak sekejap. Masih cuba untuk lebih memahami erti sebuah perkahwinan.

T – Taaruf (mengenal). Seiring masa berjalan, kita dan pasangan pun akan mengalami perubahan. Justeru perlu terus mengenali mereka.
O – Onak dan duri sama-sama dilalui.
L – Limpahan kasih-sayang sentiasa dizahirkan.
E – Ertikan limpahan kasih sayang melalui kerjasama dan bantu-membantu.
R – Rahsia rumahtangga terpelihara.
A – Anak-anak penyeri utama.
N – Nafkah tidak terabai.
S – Santai. Tidak terlalu rigid dengan pasangan, anak2 dan ahli keluarga lain.
I – Istiqamah dengan semua yang telah disebut tadi, bagi mengekalkan kebahagian dan keharmonian rumahtangga.

TOLERANSI. Tunjang perkahwinan kami.

Dengan izin Allah.

06 June 2013

Hari, Tahun Dan Masa

Sehari itu secara normal ialah bila bumi melengkapkan putaran di atas paksinya.
Setahun itu secara normal ialah bila bumi melengkapkan pusingan di orbitnya.

Tetapi jika ada dua orang manusia, seorang di Bumi dan seorang di planet Marikh, bagaimana pula dikira umurnya? Siapa yang lebih panjang umurnya?

Andai planet-planet terhenti pusingan di atas orbit, adakah usianya kekal meningkat atau terhenti?

Masa itu, relatif. Jika takdir hayat kita ialah 80 tahun tidak bererti jika kita berada di Planet Marikh yang lebih jauh dari Matahari itu menjadikan umur kita lebih panjang akan tetapi tetaplah kematian itu sepertimana yang telah ditetapkan sejak dari azali.

05 June 2013

Kenali Vocab: SiAkuk

SiAkuk : seseorang yang suka meng-Aku-Aku kan diri nya sendiri. Dalam erti kata lain, dia aje lah yang best. Dia mesti Top. Dia ada semua.

Asalnya ejaan “Si Aku”.. memang kena la dengan maksudnyakan. Lama-lama jadi “Siakuk”.
Panggilan ini dicipta masa zaman aku sekolah menengah dulu. Duduk di asrama perempuan jadi agak close komuniti sesame kekawan.
Situasinya, bila kita bercerita pasal sesuatu, dia mesti “Eh, Aku pun …” over and over again. Ditambah pula dia memang suka bercerita pasal diri sendiri, “Aku kan …..”
Korang mesti ada kawan yang cenggitukan? Kawan yang “SIakuk”.


Tapi, pastikah anda bukan seorang yang “Siakuk?”

04 June 2013

Dari kacamata seorang JDTian.

Mereka berbondong2 datang, memenuhi segenap ruang.  Solo, berdua, bersama geng sekepala, atau yang berkeluarga – tujuan mereka sama, sokong pasukan mereka!

Ada situasi, mereka membawa anak di dlm kandungan tapi masih sanggup berebut berhimpit-himpitan.

Ada situasi, mereka membawa anak kecil yang belum faham. Tika hari kian malam, si-anak mungkin keliru dalam kebisingan, mungkin terlena dalam dakapan ibu yang gigih berteriak dan bersorak.

Ada situasi, Si-bapa menyumpah, Si-ibu memaki. Tak sampai seminit, anak-anak sudah menyesuaikan diri. Tidak kekok menyumpah dan memaki.

Semangat kesukanan, KONONNYA.

RIADAH bersama keluarga KONONNYA.

Minat bolasepak memang boleh. Menyokong itu bagus. Tapi itu bukan lesen membuang adab sopan.