11 July 2013

Pelangi Malam



Meniti pelangi malam. Suatu impian yang tidak mungkin terjangkau. Suatu fantasi dari kehidupan di sebelah sini. Cuba lah google. Lihatlah website teratas yang muncul. Blog usang, lama tidak terusik. Sesekali tertawa membaca link blog rakan-rakan seperti ahmad NADia, ahmad JAIs, Nurul Syuhada Nurul Ain dan lain-lain. Entah masih hidupkah blog mereka? Entahkan sama bersawang macam blog aku.Haha…

Pelangi malam. Sungguh. Pengetahuan manusia itu sangatlah cetek. Ku fikir mustahil ada fenomena alam seperti itu di dunia ini.

Hinggalah. Pada suatu petang. Di dalam pesawat AK5242 ke Bintulu. Apabila aku terbaca suatu artikel di dalam majalah Travel 3sixty

Subhanallah…Indahnya pelangi malam itu..


10 July 2013

Review Pendek: World War Z

Kalau nak cakap Man of Steel lebih best dari World War Z, memang boleh diterima akal. Tapi kalau pikir-pikir balik, Superman satu watak superhero yang sangat femes, memang tak aci aa kalau nak dibandingkan dengan watak Gerry Lane dalam World War Z.

Untuk mengadaptasikan dari sebuah novel kepada sebuah filem, pujian harus diberikan kepada Brad Pitt, yang nampak bersungguh-sungguh untuk menjadikan sebuah filem zombie yang paling epik, dan menggerunkan. Zombie dalam citer nih memang ganas dan laju, walaupun aksi-aksinya tidak seganas dan sehorror citer bersiri The Walking Dead.

Memang menarik untuk dilayan, tapi sangat tak sesuai untuk peminat tegar zombie.

09 July 2013

Review Pendek: Bikers Kental

Aku sentiasa rasa nak tengok filem Melayu, sapot la kononnya, tapi kebanyakkannya syok sendiri!

Bikers Kental contohnya, aku masih tak paham objektif cerita nih. Nak buat cerita komedi, santai bersahaja, tapi jalan cerita kusut gile neraka. Ibarat pengemis terdesak nak 10 ringgit.


Bila kritik, dikatakan tak support. Tapi buat citer memain, mengarut atas konsep komedi, sekadar hiburan kononnya. Bila rugi, dikatakan persaingan hebat filem-filem luar, cinema tak extend waktu tayangan segala bagai.

Ntah bile agaknya pembikin filem sebegini nak sedar yang diorang nih selambe badak membengapkan penonton Malaysia. Kalau setakat nak menghiburkan, buat movie, upload kat Youtube je la brader!

08 July 2013

Cinta Jangan Pergi

Suka tak suka, perfileman pasti memberi pengajaran kepada penonton, samada baik mahupun buruk.

Cinta Jangan Pergi sebenarnya cerita cinta yang menarik untuk ditonton. Tetapi adegan seperti 'mengandung anak luar nikah' tanpa rasa bersalah, mendidik penonton untuk berasa perkara seumpama itu 'halal'. Memang betul penonton bijak menilai, tapi jangan lupa ada ramai jugak penonton tidak bijak.

Begitu juga unsur meninggal tanpa mengucap 2 kalimah syahadah. Tak salah kot kalau highlightkan kepentingannya., kerana itulah amalan terakhir paling sukar untuk dilaksanakan.

Banyak lagi adegan lain, tapi cukuplah 2 perkara ini yang perlukan lebih penekanan, supaya ianya memberi pengajaran yang lebih baik dan berguna.

07 July 2013

Aku Akan Kembali ! (Bahagian V)

Adikku meneruskan lagi bacaan.


“Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka”
 

“Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)”


“Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi”
 
Nafas Firra makin kencang. Dengusnya makin deras.
 

“Dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)”
 
HUARGHH!!

Pekikan Firra makin lantang. Adikku makin tekad, dia mengulang-ulang baris terakhir.

Sekonyong-konyong, Firra bersuara dengan keras.

“AKU AKAN KEMBALI!!”

Badan Firra tiba-tiba melemah.
 
TAMAT.

06 July 2013

Aku Akan Kembali ! (Bahagian IV)

Adik aku semakin kaget. Tapi, tak tahu nak buat apa pun! 


“Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.”


Firra memberontak. Rontaan makin ganas dengan mata terbeliak bagaikan mahu membaham semua orang.

Dalam masa sama, makcik cleaner memicit ibu jari kaki Firra dengan lebih kuat. Firra memekik!

HUARGH!! HUARGHH!!!

ZOOM!

Kecut perut! Langsung cikgu-cikgu perempuan yang memegang Firra tadi cabut lari termasuklah mak cik cleaner sekali. 

“Cikgu Suhada, pegang kuat-kuat!” Arah Cikgu Azmi.

Dalam bilik sekarang, tinggal adikku yang memegang kepala Firra, Cikgu Azmi yang memaut bahu Firra dan Cikgu Hisam yang memeluk diri sendiri.

05 July 2013

Aku Akan Kembali ! (Bahagian III)

Sebenarnya, adikku pun bukan berpengalaman mengendalikan perkara sebegini. Lebih kepada terpaksa sebenarnya. Maklumlah, cikgu junior. Suruh apa pun, kena buat.

Takut? Memanglah takut.

Dalam ketakutan itu, adikku terfikir untuk membaca ayat Qursi. Bukan hendak dibacakan kepada Firra, tetapi lebih kepada menenangkan diri.

Lalu dia pun memulakan pembacaan sekadar kedengaran di telinga sendiri.


“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya)”

Badan Firra makin berkuat bergoncang.


"Yang tidak mengantuk usahkan tidur”


"Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.”

Mata Firra yang terpejam tadi, tiba-tiba terbuka!

Bersambung...

04 July 2013

Aku Akan Kembali ! (Bahagian II)

Di sudut bilik yang kecil itu, terdapat seorang guru lelaki yang berdiri tegak dan memeluk tubuh. Mengikut protokol Jabatan, guru lelaki tidak dibenarkan memegang pelajar perempuan sekiranya masih ada guru perempuan. Berbeza pula dengan Cikgu Azmi yang bertindak atas keperluan situasi.

“Cikgu Suhada! Pegang kepala!”

Tanpa berlengah, adikku memegang kepala pelajar berkenaan. Nafas Firra turun naik dengan mata terpejam.
 
Datang pula seorang makcik cleaner berasal dari Indonesia memicit ibu jari kaki Firra. Badan Firran bergetar-getar dan mula meronta-ronta. Lalu cikgu-cikgu perempuan diarahkan oleh Cikgu Azmi untuk memegang badan Firra dari terus meronta-ronta dengan lebih kuat.

Rontaan Firra semakin kuat…

03 July 2013

Aku Akan Kembali ! (Bahagian I)

Kisah ini diolah dari pengalaman sebenar adikku sendiri sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah di selatan tanah air. Nama dan tempat diberi nama lain untuk melindungi nama-nama watak sebenar.

Sedang adikku berada di bilik guru menanti kelas seterusnya, dia dikejutkan dengan sahutan rakan sejawatnya.

“Suhada! Suhada! Ikut aku cepat! Ada student kena rasuk!”

Secara automatik, adikku bergegas mengikut rakan sejawatnya yang memanggil.

“Siapa Mona? Firra ke?”
“Yalah, siapa lagi?”

Mereka kemudian memasuki bilik sakit yang menempatkan pelajar berkenaan. Kelihatan seorang guru lelaki memegang pelajar itu di bahagian bahu. Terdapat juga guru-guru perempuan yang mengelingi pelajar berkenaan tetapi sekadar memerhatikan.

Bersambung.

02 July 2013

Er.. Kawan ku yang Over

Ade satu hari tu aku dengan sahabat jalan-jalan kat KL as in area Jalan TAR. Itu selalu menjadi port jalan-jalan kami sebab kat depan Pertama tu turun bas pastu naek komuter depan Bank Negara untuk ke Shah Alam.. tempat belajar.
Ade satu tengahari tu kitrang lapar and decide nak tapau Mc D sebab nak balik. Masa ni tak aware on the Israel thingy dah lama dah ni. Ramai gak masatu. Beratur-beratur sambil berborak. Sampai aje kaunter,
“Saya nak set Burger Samurai tapi air nak tukar Air Milo…. Saya TAKE OVER yeh!”, ‘take over’ sahabatku.
Aku dan cashier girl cam… Er..

01 July 2013

Sakkkkiiitttt Hatiiiiii - Soul

Aku nak bagi dua jenis driver yang super duper annoying and menyakitkan hati.
  • Kalo ada kereta terstuck kat smart tag lane. Laju jer orang yang queue blakang tuh potong queue masuk lane sebelah. Tapik biler yang tersangkut tadik dah lepas, boleh plak yang dah kluar lane tuh tetiba nak masuk balik lane asal. Hellooo lane yang dah lepas jangan dikenang boleh?
  • Boleh tak jangan drive dekat sangat. Kalo kereta kat depan dah berdoyon2 banyak nak laju cemana lagik? Macam berok makyeh terkinja2 cucuk kat blakang kiri kanan kiri. Kalo tercium bontot keta kak ton saper yang susah?

Eeeee sakkkkiiittttnye hatiiiiii!


Saaakkkiiittt Hattiii - Suhaila



Maap ye kalau aku dah lama tak aktif kat sini.. hari tu janji dengan kawan aku nak up entry pun aku tak buat.. bukan tak nak tapi paham-paham la.. hidup sebagai manusia banyak sangat aralnya.. lagi-lagi nak masuk bulan mulia ni.. lagi banyak cabarannye..

And disebabkan itu.. kawan aku terasa hati.. sakit hati jugak mungkin.. tapi percayalah wahai kawan.. kami especially aku takde niat nak buat macam tu.. takde niat nak menggagalkan usaha murni anda.. cuma kadang2 kita manusia tak boleh nak jadi sempurna.. jadi maafkanlah kami kalau telah membuatkan anda sakit hati..

Payah taip pakai hp.. kena kire satu-satu..

Sakkkkiiitttt Hatiiiiii - Mukhlis

Memang sangat sakit hati. Kalau mahu menjadi seorang yg mantap lagi power, jangan komplen banyak, buktikan dengan kehebatan dan kerajinan juga keikhlasan. Nih dah la tak power, nak berguru memang jauh panggang dari api, pastu pemalas, kerja asyik nak komplen je. Langsung tak membantu.

Bile tak diberi peluang, disalahkan orang lain. Bile diberi peluang, dikatakan plak 'sengaje nak menyusahkan'. Seriyes tak paham and menyakitkan hati.

Abis tu tunggu ape lagi? Dari menyakitkan hati semua orang yang terlibat secara langsung mahupun tak, ada baiknya ubah takpun quit terus. Hati pun senang, dan segalanya akan menjadi lebih baik.

Ishh seriyes sakiiiiiiiiiittt hatiii

Sakkkkiiitttt Hatiiiiii - DarkWan

Sakit Hati atau Hati Sakit, mana satu lebih kronik?

Jiran beli sofa baru, IKEA katanya. Kita masih pakai perabot lama, suami kata masih boleh guna.
Sakit Hati atau Hati Sakit?

Kita kerja bagai nak gila, rakan sepejabat santai-santai je. Tapi, dia yang naik gaji, kita tidak.
Sakit Hati atau Hati Sakit?

Orang pegi masijd, kita pun nak pegi masjid. Orang lain sibuk tambahkan amal, kita sibuk cerita pasal orang.
Sakit Hati atau Hati Sakit?

Orang lain membeli belah di luar negara, kita pun nak juga. Orang lain belanja dengan duit simpanan, kita guna duit plastik.
Sakit Hati atau Hati Sakit?

Sakkkkiiitttt Hatiiiiii - Dani

Masa muda-muda dulu MakLong bercinta umpama nothing else matterslah katakan. Dah dekat 5 tahun ni bercinta, dah plan jual tanah nak kahwin ni! Rupanya dia betray MakLong! Clash teruk betul masatu. Sakkkkiiitttt Hatiiiiii rasa ditarah-tarah jantung nih. MakLong tekad tanak sesiapa lagi sakitkan hati MakLong. MakLong takut ditinggalkan.

MakLong sentiasa doa pada Allah. MakLong tak boleh terima sesiapa pun. Suatu hari MakLong terdengar tazkirah,
 
“Jadilah Isteri terbaik demi Allah. Jadilah Ibu terbaik demi Allah. Jadilah insan terbaik demi Allah. Insan-insan yang kita kasihi semuanya pinjaman sahaja dariNya. Kasih Sayang dengan Allah sahaja yang kekal selamanya.”

 

Mulai itu, MakLong mula redha.

Sakkkkiiitttt Hatiiiiii - Fara

Sakit hati tak bagus deknon! Orang yang mudah sakit hati, mudah dapat high blood pressure. Ada yang kata sakit hati tu, tanda hati kita mati. Seram tak deknon?? Sakit hati ni masalah psychology. Hati kita berperang kerana tak setuju ngan seswatu, biasanya berkait-rapat dgn fitnah (walau tak semestinya). Kenapa kita mesti benarkan hati kita ditakhluki perasaan sakit?

Nak ubat? Cuba amalkan 5 perkara berikut
  •       Muhasabah diri
  •       Jauhkan diri dari sifat dengki dan iri hati
  •       Jauhkan diri dari sifat marah dan keras hati
  •       Sentiasa memaafkan
  •       Berprasangka baik
      Jom, tarik nafas panjang-panjang…


ASTAGHFIRULLAH...

Hati lapang, hati sihat.

30 June 2013

Trauma

Dulu aku selalu dengar citer, and tengok kat youtube, takpun kat movie, pasal manusia dirasuk diganggu makhluk lain.

Tapi hari nih, aku menjadi saksi depan mata aku sendiri, betapa kes rasukan nih memang sebenarnyer boleh terjadi, tidak mengira siapa.

Bila benda begini terjadi, aku jadi kaget, panik and tatau nak buat ape. Tapi mereka yang lebih beramalan, nampak cam sangat tenang dan kuat menghadapi dugaan sebegini.

Satu hari bulu roma aku meremang, sampai aku rasa tak selesa untuk bersendirian. Mungkin nih bayangan dan mainan je, tapi untuk pengalaman pertama kalinya, aku agak sedikit trauma.

Ya Allah, lindungilah keluargaku seluruhnya, Amin!

29 June 2013

GIVIT, The Right Way To GIVE


Adekah anda mempunyai masalah banyaknye barang yang tak berguna tapi kondisi masih baik? Nak buang membazir amalan syaitan, nak bagi orang tak tahu nak bagi siapa.

HA!

Masalah sama yang dihadapi oleh founder GIVIT Australia, Juliette Wright.

Mulanya dia nak dermakan baju babynya tapi bila dia menghubungi pusat-pusat kebajikan mereka katakan yang mereka dah BANYAK baju baby. OH? Jadi apa yang kurang? Kami sangat memerlukan Kasut But Getah. OH? Tak sangkakan.

Dari situlah timbulnya idea untuk me-match makekan keperluan dengan pemberian. Website GIVIT menyenaraikan keperluan individu-individu yang kurang berkemampuan dan sekaligus memudahkan dermawan untuk memberi mengikut keperluan mereka. GENIUS!

Support: GIVIT

28 June 2013

Save Merapoh Caves Part 3 of 3

Memang Cool caving nih! Kalau belum pernah try. Kena try SEKALI dalam sejarah.

Gua Hari Malaysia ni merupakan salah satu daripada 85 Gua yang baru ditemui di Merapoh. Ada lagi 500 kot Gua yang belum diteroka kat sini. Banyaknye GUA kat Merapoh ni!
Orang tempatan memang sedia maklum. Orang luar macam aku dan anda ni je tak tahu.

Jadi adalah sangat membazir kalau kawasan Merapoh ni, tempat beratus-ratus Merapoh Caves ni, tempat yang dikatakan merupakan tulang belakang takungan air untuk supply seluruh semenanjung Malaysia ni diletupkan dan dibina kilang simen yang bukan kepunyaan orang Malaysia pun. Tak gitu?

 
courtesy: LailiBasir

27 June 2013

Save Merapoh Caves Part 2 of 3

Baru permulaan perjalanan dah kena merangkak biawak dalam air yang mengalir sepanjang dalam Gua. Menari-nari mengimbangkan badan menyusuri jalan yang berbatu-batu licin. Menunduk-nunduk mengelak stalagtit. Berapa puluh kali jugak la terantuk helmet. Frasa “Oh mak kau!” memang biasa kedengaran. Kejung peha terpaksa berjalan seperti itik. Merangkak commando dah rasa macam Rambo. Dan meredhakan terpegang t**i kelawar untuk mengimbang badan.

Belum lagi kisah kena panjat 3 air terjun mini berarus deras menggunkan teknik “sandar badan ke dinding dan kaki tolak dinding lagi satu”

Merangkak yang final tu paling best bila dalam kesamaran nampak cahaya matahari dari pintu Gua lagi satu.
Pergh!

 
courtesy: azlishah