31 January 2013

Kite pindah ye, Bang?


"Kite pindah ye, Bang? Sayang takutlah. Jiran kite ramai yang dah pindah."
"Sekarang Abang busy sangatlah. Lagi dengan baby baru, semput sikit kocek Abang ni."
"Semalam ada orang nak bukak skru tombol pintu depan, Bang. Sayang nampak. Sayang buka lampu dia lari. Takutlah Bang, terutama waktu malam. Kebelakangan ni Abang selalu outstation pulak tu."
"Perasaan Sayang aje kut. Tolong la faham keadaan Abang sekarang ni. Tahan dulu, K."
"OK Bang."
"Usop, mana Tuan Rumah tu?"
"Kat luar, bawah pokok besar tu. Lain macam je cakap sorang-sorang dari tadi."
"Tahan dia. Aku nak soal siasat kes pembunuhan wanita dan bayi ni."

30 January 2013

Kompas

kompas? Alat penting petunjuk arah supaya manusia tak sesat jalan. Sahabat baik Pengakap mungkin?  Masih  ada lagikah yang mahu gunakan kompas bila mereka sudah punya GPS navigator? Jadi benarlah kata pepatah ‘dapat gading bertuah lalu tanduk dilupakan’  Kompas dan navigator masih sama relevan pada masa dan zamannya bukan? Kekok membebel soal teknologi di laman orang bijak pandai teknologi. Andai kita bisa jadi titik mula kongsi ilmu? Jadi bolehkan kita jadikan 100patah ini permulaan anak-anak zaman navigator yang serasi dengan papan kekunci untuk mencedok ilmu bahasa,teknologi  dalam gaya santai satu dalam seratus patah dari kakak dan abang yang pernah guna kompas?

29 January 2013

Gitar Putih

Bieley.

Gitar putih aku banyak berjasa. 4 tahun usianya. Lagu-lagu entah apa-apa aku rasanya boleh dah dibuat album EP dan hantar ke radio. Ok, sila jangan mimpi.

Aku bangun dari tidur yang lama, bermula dari gitar ini. Jervis jenamanya. Cikai saja. Cikai-cikai pun harganya boleh tahan mahal bagi aku sebab aku tengah belajar lagi masa tu. Belajarlah aku dengan seorang jejaka. Sungguhlah bahaya hampir saja terjatuh hati.

Kerana terjatuhnya hari tu, aku kini dah reti tabur emosi melalui gitar ni. Nak sampaikan perasaan tanpa diperasan pun melalui gitar ni. Tak hebat mana. Tapi nikmat hidup tahu?

Puas hati. Terima kasih jejaka.

28 January 2013

Peralihan - Part II


Semua orang ade angan-angan tak nak kerja.. tapi nak gaji masuk every month.. pastu nak gi holiday satu dunia cam omputih slalu buat.. kalaulah boleh.. best gilakan..

bukan tak suka dengan kerja sekarang.. Alhamdulillah masih bertahan.. tapi biasalah.. kalau time mood kelaut tu.. macam-macam la pikir.. nak berhenti kerja la.. nak carik kerja lain la..

but one good thing yang aku appreciate sangat-sangat dengan kerja sekarang ni is that aku dapat jumpa and kenal ramai orang dengan bermacam-macam ragam..

contact list pun makin bertambah sampaikan nombor user lagi banyak dari nombor member sendiri.. which aku baru discovered tadi.. apekah.. hahahah…

27 January 2013

Bahagian Awal: Permainan Transformers


Transformers telah menyelamatkan beberapa jiwa. Ini kisah betul. Tak percaya? Begini kisahnya, seorang teman, mat rempit dan berbakat membaiki dan berlumba motorsikal bersama teman-teman rempitnya yang lain. Selalu pulang awal pagi sehinggalah beliau bertemu dengan hobi mengumpul transformers. Duitnya banyak dihabiskan membeli transformers dan masanya di peruntukkan untuk mencari transformers dan bersosial dengan teman-teman yang sama minat. Pernah bapanya bertanya, “Aku tengok kau ni dah tak keluar malam?”

 

Kisah kedua, seorang teman yang lain berbelanja sakan membeli transformers. Dia berkata, "Tuhan menyelamatkan aku dengan transformers. Mungkin sekarang ni aku kaki perempuan atau kaki diskotik andai aku tidak bertemu dengan transformers.”



 

26 January 2013

Manja denganNya



Jatuh beribu kali mencari kasih dan cinta. Apa yang tak pernah dirasa? Dihina, dipandang sebelah mata, diperguna, diperdaya, diambil kesempatan atas peluang kedua dan sebagainya. Tuhan tak bagi semua tu kalau bukan untuk kita belajar jadi manusia yang berhati manja denganNya.

Trauma pelbagai perisa bersarang menjengah mimpi sampai penat rasa nak tidur malah berjaga lebih gembira biar realiti tak semanis mana. Dari mimpi dihurung trauma, bangun pun lelah yang dapat.

Bermanja dengan Tuhan tiada ruginya. Jatuh diakhiri dengan bangun kembali. Akhirnya Tuhan kurniakan ‘hadiah’; mencurahkan tinta mata yang mampu menjadi dakwat bagi mengarang cerita bahagia tentang dua manusia.

Alhamdulillah, berbaloi.

25 January 2013

Es Pi Em


Bila?

Hampir 15 tahun lepas rasanya. Teringat peperiksaan SPM yang pernah diambil suatu masa dahulu. Ya, Sjil Pergi Mati namanya. Memang tak belajar pun. Aku paling suka mata pelajaran Kimia, Fizik dan Biologi. Memang paling suka. Tetapi, itulah tiga-tiganya mata pelajaran yang aku tak pernah ulangkaji sebelum mengambil peperiksaan SPM. Bukan tak pernah. Sebenarnya tak habis. Suku saja.

Pelik kan?

Suka. Tapi tak nak bersungguh-sungguh dapatkannya. Aku rasa aku dapat cukup-cukup makan saja ketiga-tiga mata pelajaran itu. Tabiat itu sampai sekarang terbawa-bawa. Sampai sekarang. Now. Jigum. Contohnya, macam kau minat orang itu tapi kau tengok saja dari jauh.


Tengok saja.

24 January 2013

Baju Raya Untuk Aiman

Lama pula menunggu adik iparku ini. Dari Chicago. Mungkin ada masalah cuaca agaknya. 

Lalu terlintas untuk melayari Facebook melalui iPad. Kedekut punya LAX! Wireless pun nak kena bayar. Lagi baik LCCT, hatiku merungut-rungut. 

Tiada arah, setiap seorang rakan kulihat profilnya. Terlihat rakanku, Maslia mengepos gambar anaknya yang berumur enam bulan itu sedang diukur badannya untuk baju raya. Comelnya Aiman ! 

Seminggu berlalu. Baru sampai di San Francisco. Sambil melepaskan lelah, kubelek Facebook. Kulihat News Feed dari rakanku. 

Nurhana: Mengiringi Nizam dan Maslia ke kubur. Mereka sangat tabah. Mohon disedekahkan Fatihah untuk Aiman. 

Ya Allah! Tanpa sedar, air mataku laju mencurah.

23 January 2013

From a BIGsize girl to a PLUSsize lady (cewah)

I used to be a BIG-sized girl.. 

Alhamdulillah, sekarang rasanya  dalam kategori Plussize (yeay~~)

Since darjah 3, I’ve always been a big-sized girl.. Maybe one of the reasons,  Mama and Opah kuat masak food best-best!! And of course, saya suka makan (heee).
Dah start kerja ni, I’ve decided to change my lifestyle a bit. Not only to be healthier but mostly to stop hearing people say about how fat I am.. (painful ok, every single word was like a knife through my heart)






Me during zaman kegemilangan
p/s: Be nice to fat people because like u, we also have feelings 

22 January 2013

Hikayat aku 1

Nama aku Ozawa. Aku anak kedua daripada beberapa org adik beradik. Mak bapak aku memang suka namakan kami adik beradik daripada nama orang2 terkenal. Nama aku, bersempenakan nama sorang popuan jepun yang bapak aku kenal masa outstation ke Jepun dulu, Maria Ozawa namanya. Disebabkan umur aku pun dah 3 series, macam x logik la kan kalo nama aku amek dari nama Maria Ozawa.. hihihi... Tapi memang betul pun, bapak aku memang namakan aku sempena nama awek dia masa outstation ke Jepun dulu2 kala. Ni mak aku yang story mory morning glory. Nampaknya macam dah lebih 100 patah. Stop sini dulu.

21 January 2013

Cebis Satu Malam



Di suatu malam, berjalan menyusuri kabus suram. Langit tanpa bintang, bulu roma meremang disapa dinginnya hembusan bayu mencengkam. Membisikkan kata tenang atas kalbu yang kabut tak menentu. Jalan lagi lalu duduk dibangku dibawah pohon mangga. Mengeluh sekali lalu nafas diatur kembali.

Tenang.

Sesekali merenung ke pintu rumah yang terbuka sedikit, mengintai isi rumah. Bonda berjalan dari ruang tamu ke dapur. Pandangan beralih ke langit pekat.

Termenung.

“Tuhan, Kau di atas sana. Aku sesat sekarang. Bawa aku pulang Tuhan.”

Air mata tak semena-mena bagai air terjun. Sudah. Karang bonda nampak, kantoi. 

(Air mata diseka pantas)

Masuk rumah, bonda menoleh. Aku senyum.

20 January 2013

Peralihan - Part I


Saya masih baru.. tapi baru tak baru pun sudah hampir lapan tahun jugak.. sudah hampir lapan tahun bekerja disebelah ‘sini’. Sudah hampir lapan tahun kehulu kehilir menadah telinga menghabiskan air liur cuba untuk memenuhi permintaan mereka diluar sana..

selama itu jugak lah dah berkolam-kolam dok mengumpul dosa kering mengutuk dan marah bila ada rasa tak puas hati dengan mereka.. kadang-kadang jadi stress.. tapi apekan daya.. kerana pepatah yang mengatakan mereka selalu betul.. terpaksalah ikut jela…

kadang-kadang teringin jugak nak merasa ditempat mereka lak.. sure seronok boleh mintak macam-macam.. penat dah jadi vendor.. teringin pulak nak beralih ke belah end-user.. huhuhuh..

19 January 2013

19 Januari

I was born on this date! Same goes to my 3rd sister who's having the same birth date as mine. Hehe Bersyukur sgt2 Allah still give me chance to breath at this very moment. Tak tau ada ke surprise birthday celebration hubby buat today. Harap2 ada la. Hahaha i love surprises but hubby bukan jenis yang pandai buat surprise i guess. Oppss but i still love him the most! 

My wish this year to jadi anak, ibu dan wifey terhebat for my family. :) semoga Allah murahkan lagi rezeki,beri kesihatan yang baik dan sentiasa harmoni dan bahagia dengan keluarga tersayang!

18 January 2013

Bimbit Dunia

Zaman sekarang ini, telefon bimbit itu sudah menjadi sebahagian daripada keperluan. Ia bukan lagi jatuh di dalam kategori kehendak. Semuanya keperluan. Satu kewajipan. Dan satu kesusilaan (aik?). Boleh kata di mana-mana saja  pasti terlihatkan entiti-entiti ini bersama telefon bimbitnya. Kadangkala, jika keluar berdua pun tidak berguna. Masing-masing tetap menghadap telefon bimbit mereka. Bukan menghadap wajah di antara satu sama lain.

Hampeh?

Memang pun. Buang masa. Lebih baik duduk di rumah dan video conference saja jika mahu berbual atau bertentang mata. Kan? Jadi, aku terfikir. Sebenar-benarnya, bolehkah manusia hidup tanpa telefon bimbit?

Angkat telefon jika anda mampu hidup tanpa telefon bimbit.

17 January 2013

Pulau Alcatraz


Begitu banyak penjara. Ada suka ada duka. Penjara yang ingin kutulis, bukan penjara biasa. Wah, sebegitu.

Punya semangat nak ke penjara, parkir kereta pun nak dekat. Jadi, harga pun boleh tahan. $1 untuk 20 minit. Nasib baik ada kad kredit. Ka-ching! Ka-ching! 

Tiket naik bot? $26 sekepala. Masak aku!

Lalu kami berjalan ke Pier 33. Ramainya orang beratur. Nasib tak lama, terus dapat naik bot selepas 20 minit menunggu. Lebih kurang 30 minit, kami sampai di pulau. Melihat kembali ke tanah besar, dalam hati terus berdetik. Angin sejuk dan berkabus, ini penjara romantik.

Alcatraz – It's criminal not to be here.




16 January 2013

Penyakit yang sukar diubati


Saya ada satu penyakit. Sahabat handai, rakan sekerja, rakan sekolah, Boss semuanya akur akan penyakit yang saya hadapi. Saya anggap ia penyakit kerana saya masih tiada penawar untuknya.

Saya sedari penyakit saya ini sewaktu saya masuk ke sekolah berasrama. Penyakit itu menyerang sewaktu pembelajaran di kelas. Hampir semua kelas pasti saya sakit. Pabila memasuki alam pekerjaan pula, ia akan datang sewaktu meeting. Serangan paling kritikal adalah sewaktu meeting individu bersama Boss yang sedang marahkan saya.
Macam-macam sudah saya cuba. Cuci Muka. Makan gula-gula. Dengar muzik. Melukis doodle. Minum caffeine. Concentrate. Berdo’a. Menanam Azam. Merelakan dicubit.

Namun.. saya akan tetap terlelap.

15 January 2013

A Note To Self

We were having dinner at one of our favorite seafood restaurant when a family came and sit in front. As i was busy listening to Idlan's stories about his new school, and my husband was busy handling Fahren who likes to tease my 7mo baby Daleela, I noticed front table was quiet.

Apparently they were busy too.


the mommy was busy with her phone.
the daddy was busy replying to fb status (kantoi cikwokz! LOL)
the son was busy watching youtube in his tab.
the granny?


She was looking at my kids, (Maybe) listening to Idlan's stories.

I is sad.

14 January 2013

Malas nak jawab!


Dulu sebelum kahwin orang tanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin orang tanya bila nak ada anak. Bila dah ada anak orang tanya lagi bila nak tambah anak. Memang kena tanya ke soalan macam tu eh? Aku rimas bila orang asyik tanya soalan macam tu! Tak boleh ke tanya apa yang aku ada sekarang? Anak umur berapa? Anak dah pandai ape? Anak siapa jaga kalau aku keje? Haaa soalan-soalan macam tu kan senang aku nak jawab. 

Aku memang tabik spring kat mak aku sebab dia boleh jaga 6 orang anak! Tapi aku anak sorang pun tak terlarat nak jaga. Dangggg!

13 January 2013

Life as a Mother


First time as a mother. New role to pursue for the rest of my life. It was not easy at all! I have been on my own for about 29 years and you expect it to be easy to adapt?! Definitely not! 

Despite the hardness to make your life perfect, seeing your child smiling or crawling to you is such a bless.. the best moment i've ever had. I know i have to stick in and enjoy the moment to the fullest as child will only be child once in his life! I pray God gave me all the strength!

12 January 2013

Pilih untuk Memilih

Setiap masa kita membuat pilihan. Dari celik mata hingga pejam semula. Kita pilih nak bangun pukul berapa. Nak makan apa. Sampai nak ‘membuang’ pun kita kena pilih nak masuk toilet yang mana. Kadang-kadang kita tak pasti dengan pilihan kita. Sometimes orang lain yang sibuk nak buat pilihan untuk kita. Kadang-kadang ada yang tak setuju dengan pilihan kita. Yang pasti pilihan setiap orang berbeza-beza dan ada sebab kukuh disebaliknya. So walau ape pun pilihan yang orang dah buat, cubalah untuk tidak mempertikaikannya. Once pilihan dah dibuat, bermakna pilihan itulah yang terbaik untuk dirinya dan orang2 disekelilingya. jadi hormatilah dia dan pilihannya.

11 January 2013

Lapar

Pukul 3:30 pagi. Lapar. Aku betul-betul lapar. Sebabnya, dah lama tak makan makanan ruji rakyat Malaysia. Hari-hari makan mee segera, perut pun segera lapar.

Sejuk. Musim panas yang sejuk, inilah San Francisco. Lagilah tambah lapar.

Ah, dapat makan makanan sampah pun jadilah sementara menunggu sarapan pagi. Kasar benar bunyinya. Baiklah, junk food ya, pembaca-pembaca yang budiman.

Turun dari katil, keluar pintu dan turun lif. Eh, lupa bawa dompet. Ulang semula proses sebelum ini. Habis 30 kalori dan lemak-lemak berlebihan dalam badan.

Pergi vending machine. Cucuk kad kredit. Ini negara kapitalis, semua benda pun plastik.

Ni nak makan apa ya ?




10 January 2013

Tazkirah untuk Khalifah

Setiap kita diberi 24 jam sehari, 168 jam seminggu. Andai purata tidur ditolak 6 jam sehari maka tempoh maksimum masa sedar kita adalah sekitar 126 jam seminggu. Itu tidak termasuk masa tidur di tempat kerja, kenderaan awam mahupun tidur hujung minggu. Andai 10 minit diperuntukkan untuk mengingati Allah ketika bersolat lima waktu, maka hanya 50 minit sehari atau kurang 6 jam seminggu diperuntukkan untuk menunaikan kewajipan fardhu. Lebih spesifik, hanya 4.8% daripada masa sedar kita dalam sehari,seminggu mahupun setahun digunakan untuk mengabdi dan mensyukuri nikmat ilahi. Itu pun kalau sepuluh minit setiap kali beribadah. Lantas apakah layak kita digelar khalifah?

09 January 2013

Kemanakah Destinasi Mereka (dan kita?)

Mencari sekolah tadika utk anak lebih susah daripada mencari universiti! kenapa? itulah tempat pertama mereka hendak mula berdikari. Saya bingung ketika memilih. Bila melihat anak2 orang berhabuk speaking, saya pun nak hantar ke sekolah speaking, bila orang kata bahasa mandarin amat membantu kerjaya masa depan, saya nak yang itu juga.

Kemudian saya tetapkan hati saya.

Anak2 saya masih putih dan suci. hati mereka lembut. inilah masa saya dekatkan mereka dengan Pencipta mereka, rasul mereka dan agama mereka. Dengan ketetapan itu, saya mudah membuat pilihan, dan saya berdoa mudah-mudahan pilihan itu membawa kami sekeluarga kepada destinasi yang diredhai Allah swt.

Ameen.

08 January 2013

Ejen Rahsia



Semalam aku nampak lagi. Perkara yang sama. Jadi berkali-kali. Setiap hari. Bertubi-tubi. Timbul juga syak wasangka sesekali. Aku rasa mesti itu perisik di sini. Ejen rahsia, orang tua kata. Boleh tahan hebat juga komunikasi mereka. Tak pakai walkie talkie pula.

RFID agaknya.

Hebat teknologi mereka. Sejak zaman-berzaman gamaknya. Tak perasankah mereka diperhatikan sentiasa? Buta? Entahkan saja. Sesekali penat juga. Memerhatikan mereka. Setiap masa. Sampingannya tiada. Melanguk saja. Semata-mata.

Aku fikir bagus juga jadi seperti mereka. Kadangkala menadah juga tangan meminta kepadaNya. Tak dapat kepala, pinggang mereka pun bagus juga. Tertarik hati dibuatnya. Kan.

Hai, semut halus di dinding rumah saya.

07 January 2013

kisah tahun baru versi aku

minggu lepas terulangkaji buku Ramli Awang Mursyid. kisah Ashabul Khafi. Dalam hati teringin nak tahu macam mane perasaan ahli Ashabul Kahfi. Makanya, misi dimulakan seawal jam 11.30 malam penghujung tahun 2012. buat julung kalinya tepat jam 12 tengah malam dah tak perlu bersengkang mata dan mendongak menunggu pancaran cahaya dilangit. hanya perlu melayan mimpi yang indah yang datang bertandang. dan seawal 6.00 pagi tahun berikutnya mata dah terbuka. hati gembira. misi berjaya! lepas ni dengan bangganya dah boleh keluarkan ayat "aku tidur dari tahun lepas sampai la tahun ni baru bangun balik.. muhahah". huh! konon ashabul kahfi la sangat kan.

06 January 2013

Breastfeeding

Breastfeeding is now trending around the world. Apparently, mothers are taking this seriously as they did lots of research, readings,exposed to the benefits of breastfeed the babies. And i am one of the million mothers who support 100% of bfing! My son is now 10months old(while writing this) and he still had the chance to drink his mom's milk. Alhamdulillah. Yet i'm still fighting my best to make sure my son gets his best zat on earth. I did face the time when my milk decrease But i insist myself not to give up this very soon yet. Not now!

05 January 2013

Siapa AKU ?

*RING! RING!*

(Nombor tak dikenali)

AKU: Hello?
Aku: Hello. Ya, siapa di sana. Nak cakap dengan siapa ya?
AKU: Weh, AKU la. Kau tak kenal ke?
Aku: Maaf, tak cam. Boleh saya tahu siapa di sana?
AKU: Pehhh. Sampai hati kau tak kenal.
Aku: Maaf, betul tak cam...
AKU: Yalah, orang dah senang sekarang. Dah lupa kawan-kawan. Dah lupa diri.
Aku: Maaf, jangan salah sangka. Mungkin sebab dah lama tak dengar suara, jadi sekarang dah lupa..
AKU: Tak sangka AKU, kau dah jadi macam ni. Sudahlah, malas nak cakap dengan kau!

*TUT*TUTT*TUUUUTT*

Aku: Huh. Siapakah AKU dalam petikan di atas?

04 January 2013

Selsema oh selsema

Selsema?? Oh itu dah sinonim denganku! Baik kejap kemudian datang balik. The only moment yang lama selsema tak menyerang aku was masa mengandungkan ilyas dulu! Hmmmm adakah ini bermakna aku harus mengandung lagi dan lagi dan lagi hanya untuk mengelak dari terkena selsema? Hahah ohh tidak kot! Baru anak sorang aku dah huru hara nak membela inikan pulak 3,4,5 orang kan?! Hehe sekarang masa menaip ni pun aku tengah selsema sebab tu idea tu datang nak tulis ape now. Hehe aku akan tetap bertahan seperti biasa. Clarinase, panadol, nasal spray, pirithon adalah teman setiaku sampai bila-bila. Yes they will! :)

03 January 2013

Maidless

Kenapa saya suka maid saya, Sunnah? Dia ringan tulang, proactive & tak banyak cakap. Maksud ringan tulang tu contohnye dia buat kerja cepat dan cekap. Kejap jer pinggan2 yang bersusun kat dalam sink dah clear. Bile dia masak dia akan clean as she goes so dapor tak penah kecah. Maksud proactive tu plak biler saya turun bawak flusk dia akan trus tau isik kan air panas. Dia pon x penah ngomel bila saya mintak tlg buat something. So im gonna miss her sbb dia pandai jaga Qeeb dgn sabar. Dia sudah pon pulang ke tanahairnya smoga betemu jodoh di sana.

02 January 2013

Dunia Kasih Ayesha


2/1/2012, hari kedua tahun 2013, genap 14 hari usiaku. Ini mungkin umurku di dunia ketika ini tetapi aku telah ada sejak 282 hari yang lalu, itu kalau di ambil kira ketika aku mula-mula adalah dua jenis sel yang berbeza yang kemudiannya bercantum menjadi satu. Kalau diambil kira sebelum itu lagi, mungkin usiaku lagi tua dari usia sebarang monumen purba yang ada terdapat di dunia ini.  Dari mata kecilku ini, segala galanya adalah besar dariku. Hari ini aku kecil tapi itu bukan bererti aku..aku...aku tidak boleh membesar sebagai seorang juara..."Babah! Mama! Nak nenen!!!" 

Salam sayang kepada semua, dari Kasih Ayesha Afikah 




01 January 2013

Tahun baru. Projek baru.


Projek menulis cerita 100 patah perkataan setiap hari ini is inspired from Reader’s Digest. Write a 100 words short story and win 1k! Menarik. Yang menarik tu 1K tu lah kan.
Susah sangat ke nak tulis cerita pendek 100 patah perkataan? Dulu masa PMR buat rumusan dalam 100 patah perkataan, senang je.
Then aku try tulis a short story for Nestle 100 years. Perasaan macam dah best dah rasanya karangan aku. Sekali, tak cukup power rupenye, down. Tapi yang bestnya kejap je nak menulis karangan 100 patah ni.
Jadi aku cabar rerakan aku. Jom tulis cerita 100 patah, setiap hari!