26 January 2013

Manja denganNya



Jatuh beribu kali mencari kasih dan cinta. Apa yang tak pernah dirasa? Dihina, dipandang sebelah mata, diperguna, diperdaya, diambil kesempatan atas peluang kedua dan sebagainya. Tuhan tak bagi semua tu kalau bukan untuk kita belajar jadi manusia yang berhati manja denganNya.

Trauma pelbagai perisa bersarang menjengah mimpi sampai penat rasa nak tidur malah berjaga lebih gembira biar realiti tak semanis mana. Dari mimpi dihurung trauma, bangun pun lelah yang dapat.

Bermanja dengan Tuhan tiada ruginya. Jatuh diakhiri dengan bangun kembali. Akhirnya Tuhan kurniakan ‘hadiah’; mencurahkan tinta mata yang mampu menjadi dakwat bagi mengarang cerita bahagia tentang dua manusia.

Alhamdulillah, berbaloi.

3 comments:

  1. Alhamdulillah, semoga berbahagia dunia hingga akhirat..

    Nice one Adledash

    ReplyDelete
  2. betul..sangat betul! hanya DIA tak pernah mengecewakan!
    *ayat saya seperti orang patah hati! tapi benar sungguh tahu...huhu*

    ReplyDelete