Zaman sekarang ini, telefon bimbit itu sudah menjadi
sebahagian daripada keperluan. Ia bukan lagi jatuh di dalam kategori kehendak.
Semuanya keperluan. Satu kewajipan. Dan satu kesusilaan (aik?). Boleh kata di
mana-mana saja pasti terlihatkan
entiti-entiti ini bersama telefon bimbitnya. Kadangkala, jika keluar berdua pun
tidak berguna. Masing-masing tetap menghadap telefon bimbit mereka. Bukan
menghadap wajah di antara satu sama lain.
Hampeh?
Memang pun. Buang masa. Lebih baik duduk di rumah dan
video conference saja jika mahu berbual atau bertentang mata. Kan? Jadi, aku
terfikir. Sebenar-benarnya, bolehkah manusia hidup tanpa telefon bimbit?
Angkat telefon jika
anda mampu hidup tanpa telefon bimbit.
betol2! aku down betol biler tgk org kluar bedua pon still layan tepon. lagik down biler tekene kat batang idong sendiri
ReplyDeletetu baru henpon.. ade yang ngadap hp dengan tab sekaligus tu lagi lah.. huhuhu..
ReplyDeletehaaa.. tu entry K.Fara tu.. yang A Note to Self tu kan..
Deletehttp://100patah.blogspot.com/2013/01/a-note-to-self.html
Salam..
ReplyDeletesetuju!
teknologi kunun2 mendekatkan yang jauh. betul.
tapi juga, menjarakkan yang sedia depan mata.
nikmat kemanusiaan makin disedut sang gajet.
hai la..