29 January 2013

Gitar Putih

Bieley.

Gitar putih aku banyak berjasa. 4 tahun usianya. Lagu-lagu entah apa-apa aku rasanya boleh dah dibuat album EP dan hantar ke radio. Ok, sila jangan mimpi.

Aku bangun dari tidur yang lama, bermula dari gitar ini. Jervis jenamanya. Cikai saja. Cikai-cikai pun harganya boleh tahan mahal bagi aku sebab aku tengah belajar lagi masa tu. Belajarlah aku dengan seorang jejaka. Sungguhlah bahaya hampir saja terjatuh hati.

Kerana terjatuhnya hari tu, aku kini dah reti tabur emosi melalui gitar ni. Nak sampaikan perasaan tanpa diperasan pun melalui gitar ni. Tak hebat mana. Tapi nikmat hidup tahu?

Puas hati. Terima kasih jejaka.

3 comments:

  1. woohooo! mmg coool giler kuuttt pompuan ngan guitar! cayalahhhh! :-)

    ReplyDelete
  2. i likeeee gitar and orang yang suker main gitar! espeseli yang akustik!

    ReplyDelete
  3. Ni ke jenama gitar yang Heath Ledger (Patrick) belikan Kat masa ending 10 things I hate about you?

    Eh bukan bukan..
    baru gugel..
    Fender Stratt

    ok tanya jawab sendri.. hahah

    ReplyDelete