30 April 2013

Virtual Office

Alhamdulillah, dah 2 minggu saya kerja dalam mode Virtual Office ni. Walaupun Cuma 3 hari seminggu, tapi terasa jugak syoknya tu, sebab saya memilih untuk VO pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Seperti hujung minggu yang panjang kan? Hari pertama tu, kurang selesa sebab duduk pun menumpang kat kerusi pendek colorful anak punya. Kerusi pun memainkan peranan penting untuk focus bekerja kan? Saya cuba guna kerusi kat meja makan pulak, tapi mula lah asyik rasa nak makan. Tak boleh jadi ni, malam tu juga saya beli kerusi baru, yang macam kat office.

Boleh gerak-gerak,
boleh sandar-sandar,
boleh pusing-pusing.

Kerusi manager.


29 April 2013

Jenis-Jenis Beg (Bahagian II)

Satchel

Satchel hari ini biasanya mempunyai pemegang pendek untuk pemakaian di lengan. Boleh juga didatangkan dengan tali untuk pemakaian di bahu atau secara bersilang.



Clutch

Umumnya, clutch bersaiz kecil, tidak bertali dan direka supaya boleh dibawa dengan tangan.

Terdapat juga clutch yang disertakan dengan rantai besi atau tali kulit yang boleh ditanggalkan membolehkan ia dipakai dengan menggantungkannya ke bahu menjadikan ia “crossbody”.



Wristlet

Bersaiz kecil seperti clutch. Bagaimanapun, ia berbeza pada tali yang boleh dimasukkan ke dalam pergelangan tangan (wrist) yang biasanya terletak di bahagian tepi.


Dalam video di bawah, lihat bagaimana beg “crossbody” boleh bertukar menjadi clutch dan wristlet.

28 April 2013

Misi Malik - Bahagian 1


“Sejak dia suka masuk hutan, dia berubah. Dia lebih baik, penyayang dan lebih tenang..” sayu Fatimah bercerita.

Sudah 8 bulan Malik hilang. Yang tinggal hanyalah keretanya di tempat letak kereta perkarangan Gunung Ledang. Dan di dalamnya sebuah kamera pakai-buang yang terdapat beberapa keping gambar.

Malik seorang penggodam komputer. Selalu merungut tentang kehidupannya yang sibuk. Dia pemarah dan seperti tiada haluan. Malik mula berubah semenjak pulang dari berkemah bersendirian di Gunung Ledang. Ketika itu dia telah mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan.

Kali seterusnya dia bertekad untuk pergi lebih lama. Setelah cukup simpanan dan bekalan dia pergi semula ke Gunung Ledang. 

27 April 2013

Tentang 23 April si Hari Epic

Hari ni 23042013.

Dua lagu aku dengar menimbulkan emosi yang syahdu tatkala pandangan dilempar ke luar tingkap dan nampak burung-burung berterbangan berlatar-belakangkan bukit kehijauan di luar bangunan hostel aku. tempat aku mentelaah hadap laptop, memang menghadap hijau bukit dan birunya langit.


Allah ubatkan resah aku hari-hari. Pernah berhari-hari aku tak keluar dari bilik ni. Masak dalam bilik. Menunjukkan betapa selesanya bilik ni.

Ni gambar aku ambil masa bulan Februari. Kebetulan si merpati singgah. View dari tingkap tempat menelaah.



Dan lagu mampu membangkit jiwa.








Mungkin citarasa lain-lain. Tapi, dua lagu ni, menjemput melankolik lalu terkenang suatu kebesaran. Hati kembang goosebumps. 

Allahuakbar~




26 April 2013

Politik Racist!

Aku mintak maap. Tapi aku kene tegur bebenda bersifat perkauman nih.

Skarang nih, bersepah-sepah video pasal DAP; mansuhkan kuota Melayu la, agama Kristian agama rasmi la, sekongkol ngan Singapura tawan Malaysia la, macam-macam lagi. Asasnya semua benda nih? Almost NONE!

Aku penah dengar ceramah seorang Ustaz (samada TGNA, Ustaz Kazim takpun Ustaz Don), pasal dakwah kepada orang bukan Islam. Cara dakwahnya bukanlah dengan menghina, mengutuk, memfitnah diorang nih. Tapi dengan berbuat dan bersangka baik. Biar diorang nih tahu Islam nih cun-melecun ajarannya.

Nih dah la amalan kurang, buat plak perkara x senonoh. Agaknya memburukkan orang bukan Islam tu halal kot!

25 April 2013

Tentang Cita


Cita-cita

Aku pernah tanam satu cita yang masih tak mampu aku laksana. Dari dulu sampai sekarang dan aku tahu cita-cita itu tergantung sampai bila-bila.

Aku mahu jadi doktor dan aku yakin sampai bila pun aku takkan jadi doktor perubatan.
Aku mahu jadi doktor sebab aku mahu sertai MERCY. Aku mahu tolong orang sakit. Aku mahu tolong orang yang susah. Tapi Allah tak letak aku disana. Bukan di hospital tempat idaman aku dan bukan di kem-kem pelarian membantu mangsa perang.


Tempat aku dirumah bersama emak dan ayah.

Allah beri aku rezeki lebih besar untuk berjuang.
Agar aku bahagiakan emak  dan ayah.

24 April 2013

Setia Gila


Aku setia.

setia gila sehingga hilang logik dan hukum mantik.

Aku setia tapi aku sering gagal letakkan setia aku ditempat yang sepatutnya.
Aku setia menggunakan jenama dan jenis  pensil mekanikal yang sama sejak aku tingkatan dua. Aku masih membeli kasut yang sama setiap kali yang lama rosak dan dicampak.

Aku tak pandai menduakan

Beg. Kasut. Telefon bimbit

Aku mungkin bukan perempuan normal yang suka padankan kasut ikut baju dan beg tangan. Aku berat sebelah terhadap dua benda sama fungsi yang aku ada.
Aku guna kasut A sampai lunyai dan aku selalu lupa aku ada kasut B.


Aku setia, tapi gilakan?

23 April 2013

Geran SKMM (GMBO)

GMBO adalah inisiatif Kerajaan yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro untuk melonjakkan perniagaan atas talian. RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak seperti di bawah: 

-Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita
-Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat; 
-Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif
-Mempunyai akses atau capaian perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar melalui langganan atau ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M); 
-Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan 
-Keutamaan kepada usahawan mikro – jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak melebihi RM200,000 setahun.

22 April 2013

Mencari Hidayah




“akak, saya suka tengok akak pakai baju lengan panjang macam ni, nampak cantik sangat”


Itu Adila a/p Itam yang baru sahaja aku kenal 3 bulan.

Aku pernah berfikir sampailah aku tak boleh tidur hanya kerana dia bumiputera (asli) bukan Islam dan aku tak tahu apa yang aku boleh buat supaya hati dia tertarik pada Islam. Aku tak pandai nak berdakwah hingga mampu tanamkan tauhid dalam hati dia.


Tapi aku lupa Rasulullah contoh terbaik yang hebat akhlaknya sehingga mampu buat orang jatuh cinta pada Islam. Jadi sekarang aku sudah ada SOLUSI
BAIKI DIRI, TUNJUK AKHLAK ISLAMyang sebenar. Moga dia jatuh cinta!

21 April 2013

Dogs this smart deserve a home


Anda pernah memandu Mini Cooper?
Saya pun tak pernah.

Tapi 4 ekor anjing ni selamat memandu satu pusingan dalam Mini Cooper. Aih tercabar!

Sebenarnya program mengajar anjing memandu ni bukanlah bertujuan untuk mereka memandu teksi ataupun menjadi driver kepada Tuan mereka. Tujuan sebenarnya adalah untuk menjayakan tagline “Dogs this smart deserve a home” di mana satu badan kebajikan di New Zealand, SPCA (Society for the Prevention of Cruelty to Animals) mengajar anjing-anjing terbiar ini untuk promote orang ramai untuk ‘adopt’ binatang-binatang yang telah diselamatkan.

OK, trainer dia guide dari awal sampai habis pun, parking senget. Tapi, Anjing kut u’ols..

20 April 2013

Rekod Atas Jalan



Dalam kehidupan ni, dalam banyak-banyak adegan sehari-hari, atas jalan raya jugalah yang banyak elemen penguji.

Namanya, menggoreng kesabaran dalam kuali jalan raya dimana bahan bakarnya manusia yang MUNGKIN tertinggal otaknya dirumah atau ditempat kerja, ataupun terlupa nak on suis common sense dalam otak akibat urusan dunia yang berkecamuk dalam fikiran.

Nak masuk simpang, tiada lampu signal diberi.
Nak tukar haluan jalan, masuk redah bagai jalan dia yang punya.

Aku tak mencarut dan mulut sangat antonim dengan pencarutan. Tapi kalau atas jalan, perkataan sinonim khinzir, pernah keluar 3 kali. Musnah rekod bersih aku.

Tu la aku kata. Atas jalan ni, memang.

19 April 2013

Gwiyomied yet?


Gwiyomi video klips adalah viral sekarang di YouTube.
Gwiyomi ni maksudnya “orang comel” ataupun jika anda salah seorang yang cuba untuk membuat parody Gwiyomi ni maksud dia akan jadi “saya rasa saya comel” (lembut sikit dari “saya perasan comel” haha!)
Percaya tak originator yang membuat gaya2 tangan untuk Gwiyomi nih sebenarnya lelaki: Jung Ilhoon, ahli kumpulan BToB yang aku pun tak kenal kecuali korang-korang yang gemar K-Pop kan. Yes, YOU!
Parody dia berlambak2, dari yang memang comel sampai la yang tak sanggup nak tengok.

Jadi, adakah anda berani untuk men-Gwiyomi kan diri anda?

Antara Gwiyomi yang comel dipetik dari YouTube.

18 April 2013

Chicken Pox

Last month, my son Fahren was infected with chicken Pox, atau bahasa melayu Cacar air atau dikenali juga dengan nama Cengkering. Now after 2 weeks, adik dia Daleela plak kena. Orang kata chicken pox ni kalau dah pernah kena, tak akan kena lagi.
Kebiasaannya org2 tua akan minumkan air kelapa muda supaya cacar keluar sekaligus, mengering dan terus baik, tapi doctor tak advise wat gitu, sbb keluar semua can be too hurtful for kids/babies.
Chicken pox bukan campak (measles). You can get measles more than once unless you get vaccinated. Measles are more serious than chicken pox esp. to kids.

17 April 2013

Adik Penggalas Raga



Si kecik comel berlegar-legar jalan dan kadang menyelit di tengah keramaian orang yang wujud dalam petang sedikit bahang. Mencari seberapa banyak kesudian untuk sekurang-kurangnya separuh dari apa yang digalas dihadapan perut kempisnya hari itu, menjadi rezeki pulangan untuk dirinya dan rezeki santapan manusia yang berjumlah lebih dari apa yang digalasnya itu.

Semangat tak luntur.
Malu ada tapi redah saja.
Demi ibu yang bersusah-payah, dia bantu melariskannya.

Tempeyek kacang ikan bilis, tempeyek kacang dal, dan pelbagai lagi. Satu RM2 saja.

Masih kecil, petah berbicara, gigih menjaja sini dan sana.

Buat adik penjual kerepek Taman Tasik Darulaman Jitra, akak nak beli lagi.

16 April 2013

Kerenah..pe'el..sikap manusia

Stress bila keje kena deal dengan manusia nih kan?!Ada ke keje yang tak deal dgn manusia???? Macam-macam ragam, macam-macam pe’el! Yang paling stress bila kena deal dengan orang yang cepat melenting sebelum boleh beri penjelasan penuh. Tau-tau nak marah je. Penat ahh keje macam nih.

How I wish I tak keje bahagian IT!Dahla memang tak penah wish keje buat programming end up kena buat jgk! Hehe tapi xpelah tang tu cuma tu lahh bila deal dgn org ni mmg kena banyak sabarlah jawabnyer.Tapi sampai bila dan tahap mana kita nak sabar?Korang ada tips ke cane nak handle org-org mcm ni?

15 April 2013

Bunga Cinta Dilenyek Buldozer


11 april 2013

Pompuan mane yang tak suka lelaki romantic kan.. nak pulak kalau lelaki tu hensem and berbudi bahasa.. lagi laaaaaaaa.. cairrrrrrr ok..

Itu yang jadi kat aku pagi tadi masa aku singgah stesen minyak nak beli brekfes.. aku memang perasan ade sorang customer lelaki yang aku tak pandang tapi aku tau dia hensem… sebab.. instinct aku kate dia hensem.. hihihi..

Habis bayar.. dia yang memang masa tu tengah diri depan pintu.. dengan penuh politenye bukakkan pintu and wish good morning kat aku.. perghhh berbunga-bunga ok.. senyum tak habis sampai la user bodoh tu melenyekkan bunga-bunga cinta aku.. huhuhu

14 April 2013

BENGANG!



11 april 2013

Ye.. memang aku tengah bengang sekarang.. tersangat bengang.. sebab tu aku buat entri ni sekarang!

Belom pernah sepanjang tempoh 8 tahun aku bekerja aku sebengang ni dengan user.. tapi dorang ni betul2 buat kepala aku berasappppppp je..

Sakit jiwa jadinya nak deal dengan orang BODOH SOMBONG BONGKAK PADAHAL KO BODOH TAHAP BANGANG! Haduhhhh marah betul aku!

Ingat bos aku bayar gaji aku semata-mata nak layan KEBODOHAN ko ke.. wehhhh aku banyak lagi keje lain la nak buat.. kalau ikut hati nak je aku blah.. tapi sebab kan aku respek kat ko.. aku TAHAN je!

Fuh medidih ni!

13 April 2013

Online shopping Bahagian 2

Memang ada jugak benda yang kite xboleh shopping online. Yang rasa sesuai bolehla kann. Benda yang remeh yang buat kite malas nak ke kedai tapi tak merbahaya untuk beli online bolehla buat. Hehehe Ada lagi yang I tak mention shopping online list tu. Spa package, vitamins (Shaklee), toys ilyas, fridge magnets, phone accessories. Tu je kot. Penah tak kena, beli online pastu tak puas hati? Of coz penah!Tapi kena barang tu yang kite afford to lose lah.Hehe Even kalau kita pegi kedai and beli end up tak puashati pon kan penah jugak kan? So samalah konsepnyer disini.

12 April 2013

Online shopping Bahagian 1

Siapa suke Online shopping angkat kening!! Hahaha Cerita pasal online shopping ni sebab teringat kegilaan hobiku sekarang! I memang suke shopping online weh!Agak sukar dikontrol kalau time tu duit tengah byk dalam bank(gaji masuk)! Hahaha nasib baik hubbyku memahami(ye ke dia faham?!hehe)  Tapi apa-apa pun dah setel bayar hutang piutang and simpan baru leh buat online shopping ni

So I masih boleh mengawal nafsu membeli tanpa henti niTapi serius korang shopping tak pegi kedai ni best gaktau! Save masa, save duit (minyak,makan,minum,tol,parking etc), save tenaga. So far yang I shop online are tudungbaju,photobook  and hotels.

11 April 2013

Keek..keekers! Haha

Ape itu keek? I tau keek pon sebab follow twitter Dr Halina yg tweet video2 keek anak-anak dia. Sebab nak tgk anak-anak dia yang comel i pon installlah keek! Hahaha boleh?! Bila dah install baru tau dia adalah twitter versi video sebab boleh post video2 pendek je.Bila dah ada keek mulalah gatal nak post video walaupon pada mulanya segan giler nk rekod video muka sendiri! Hahahaha tapi now byk keek muka anak jelah since i don't have much thing to keek about. :) 

Saje ambik tahu social networking media yang ada now. Taknakla ketinggalan jugakkan. So ape lagi jomlah ber'keek'!

10 April 2013

Jenis-Jenis Beg (Bahagian I)


Ibarat manusia, beg ada pelbagai bangsa dan jenis. Jika manusia ada bangsa seperti Arab, Afrika, Eropah, beg pun ada bangsa Gucci, Prada, Louis Vuitton dan sebagainya. Jika manusia ada pengkelasan darah A,B,O dan AB, beg juga ada pengkelasan tersendiri; ada jenis hobo, tote, satchel dan lain-lain.  


Hobo 

Kebiasannya, hobo bersaiz besar, berbentuk bulan sabit dan mempunyai pemegang yang cukup panjang untuk disangkut ke bahu. Material digunakan lembut dan fleksibel. 




Tote 

Kebiasannya, tote bersaiz sederhana ke besar dengan dua tali atau pemegang selari dari sisi beg yang boleh digunakan untuk dibawa dengan tangan atau jika cukup besar, boleh disangkut ke bahu.



09 April 2013

Kelas Pertama




"Saya rasa adalah satu kerugian kalau kita tak belajar Bahasa Isyarat. sebab, kalau kita orang yang boleh mendengar ni, dari jarak jauh, kita nak kena jerit baru orang sana boleh dengar. tapi, dengan Bahasa Isyarat, kita tak perlu jerit. berbahasa isyarat je dah boleh faham jelas dari jauh. jadi, saya agak cemburu dengan golongan yang pekak dan bisu sebab komunikasi diorang lebih efektif walau dari jarak jauh (merujuk dalam dewan kuliah yang luas). saya pulak tak faham apa yang diorang sampaikan. jadi itulah timbul minat saya nak  belajar Bahasa Isyarat." – Cikgu Bahasa Isyarat

Baru tahu Bahasa Isyarat untuk “Tuhan”.

Alhamdulillah!

08 April 2013

Biro Aduan

Selagi mampu / terdaya, memang saya akan usahakan segala apa yang diperlukan oleh semua orang yang saya kenal dan saya sayang. Tetapi jauh di sudut hati kerap bertanya, adakah saya akan mendapat layanan yang sama daripada mereka?

Bukan nak marah atau mengungkit, tapi biasanya sayalah yang kene pujuk diri sendiri apabila mereka semua sepertinya tak faham apa yang saya perlukan. Bila saya berhadapan dengan masalah, siapa je yang ada untuk dijadikan teman mengadu? ALLAH – pilihan terbaik.

"I have always been afraid of losing people I love, but sometimes I keep asking myself: Is there anyone who’s afraid of losing me too?"

07 April 2013

Cinta Pertama vs Cinta Pandang Pertama

Satu tu cinta pertama yang takkan boleh dilupakan. Cinta pandang pertama pulak, tak tahu lah berapa kali seseorang boleh timba pengalaman. Kalau dah matanya cepat je tangkap lantas dibawa turun ke hati, banyak kali laaaa dia boleh jatuh cinta pandang pertama!

Asal cakap pasal topik ni aje sure semua akan terpikir pasal cinta manusia sesame manusia. Tapi saya ngah cakap pasal cinta kebendaan. Hahaha. *read: Cinta pertama saya pada manusia menemui kegagalan. Maka, yang banyak kali sangat saya alami sekarang adalah cinta pandang pertama.

Nota kaki: Setiap kali terpandang barang yang best, cepat aje saya terjatuh cinta. Ughhh! Tensen okkeh!

06 April 2013

Politik

Politik. Tak. Aku tak ckp pasal politik negara yang baru dibubarkan 3 April 2013 haritu. 

Aku ngah ckp pasal politik sekeliling. Hidup dalam kawasan kejiranan pon mcm berpolitik. Jiran berpuak2 gitu. 

Paling tak boleh blah politik di pejabat. Orang yang kerja mcm nk mati pun kalau tak reti nk berpolitik, kene sabar banyak2 utk dapat pulangan daripada hasil yang dikerjakan tu. Walhal orang yg kerja ala-kadar tapi hebat berpolitik (nak2 dalam aktiviti kipas-mengipas) senang2 aje nk naik. Bila dah naik tu, masalah lain la pulak ; nak2 kalau dia naik padahal tak pandai buat kerja pun sebenarnya. Sangat membencikan ok!