23 April 2013

Geran SKMM (GMBO)

GMBO adalah inisiatif Kerajaan yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro untuk melonjakkan perniagaan atas talian. RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak seperti di bawah: 

-Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita
-Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat; 
-Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif
-Mempunyai akses atau capaian perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar melalui langganan atau ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M); 
-Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan 
-Keutamaan kepada usahawan mikro – jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak melebihi RM200,000 setahun.

1 comment:

  1. usahawan mikro...
    ouh tak layak.. banyak beno syaratnya..

    ReplyDelete