Si kecik comel berlegar-legar jalan dan
kadang menyelit di tengah keramaian orang yang wujud dalam petang sedikit
bahang. Mencari seberapa banyak kesudian untuk sekurang-kurangnya separuh dari
apa yang digalas dihadapan perut kempisnya hari itu, menjadi rezeki pulangan
untuk dirinya dan rezeki santapan manusia yang berjumlah lebih dari apa yang
digalasnya itu.
Semangat tak luntur.
Malu ada tapi redah saja.
Demi ibu yang bersusah-payah, dia bantu
melariskannya.
Tempeyek kacang ikan bilis, tempeyek kacang
dal, dan pelbagai lagi. Satu RM2 saja.
Masih kecil, petah berbicara, gigih menjaja
sini dan sana.
Buat adik penjual kerepek Taman Tasik
Darulaman Jitra, akak nak beli lagi.
Kesian kan budak2 meniaga..
ReplyDeleteTakpa dik.. build up soft skill untuk dah besar nanti..
Pahala besar tolong ibu..
kalo nak banding akak yang membaca entry ni..
hehe