Dari pendengaran aku, dan mungkin jugak ‘bias’
sebab aku memang kurang gemar dengar lagu Melayu berbanding dengan lagu-lagu
bukan Melayu. Pendek kata, universal kononnya, membuatkan aku rasa dan
berfikir, kenapa lagu-lagu Melayu semuanya tentang cinta, putus cinta, kecewa,
nak kejar cinta manusia dan segala-galanya obsesi tentang cinta manusia
khususnya pada kekasih?
Aku dahagakan lagu-lagu penuh motivasi,
semangat kehidupan, yang mampu buat jiwa kembang dan hari-hari bangun pagi
dengan ceria dan gembira biar apa pun halangan yang mendatang. Lagu-lagu
bersifat kemajuan jiwa dan vitamin untuk perasaan terhadap kehidupan, sangat
kurang dalam lagu Melayu.
Inspirasi : Berani by Yaasin dan Faizal Tahir
kalo lagu putus cinta tuh kan main meleret2 mendayu2 sedeynya hehe
ReplyDelete